Jurang makin jauh? Ini pro-kontra kos sara hidup antara golongan T20 dan B20


  • Primer
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Kos sara hidup yang memainkan peranan dalam cara hidup masyarakat Malaysia. — Gambar hiasan

PERBEZAAN kos sara hidup seseorang bergantung kepada jumlah pendapatan isi rumah sekali gus memberi gambaran tentang kelainan taraf hidup mereka.

Sehubungan dengan itu, terdapat tiga golongan yang mempunyai perbezaan tersebut iaitu golongan berpendapatan tinggi (T20, M40), golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), inflasi di negara ini kekal rendah pada Januari 2024 sebanyak 1.5 peratus, kadar yang sama sejak November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 131.4 berbanding 129.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

BACA LAGI: 'Nak gurau ke berhibur berpada-pada', Firdaus Wong pesan jaga adab ziarah kubur

sara-hidup-

Perbezaan kos sara hidup memberi kesan terhadap taraf hidup seseorang. — Gambar hiasan

Meskipun begitu, kedua-dua golongan itu mempunyai jurang kos sara hidup yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Justeru, terdapat pro-kontra kos sara hidup antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah di Malaysia.

Pro

1. Wang simpanan

Bagi golongan berpendapatan tinggi seperti T20 atau M40 dengan gaji sebanyak RM11,000 ke atas sebulan, mereka mempunyai kelebihan untuk menyimpan wang lebih tinggi daripada B40.

Selain gaji, golongan berpendapatan tinggi juga berkemungkinan mempunyai sumber kewangan lain untuk menampung kehidupan mereka.

Menurut pakar ekonomi, Anuwar Ali, sumber lain golongan tersebut tidak mustahil dapat meningkatkan jumlah simpanan dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA LAGI: JKM siasat kes budak perempuan kena pukul anak jiran sampai terlantar di HKL — Nancy Shukri

money-and-gold

Golongan T20 boleh mempunyai simpanan lebih banyak berbanding B40. — Gambar hiasan

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan Pusat Penyelidikan UCSI pada 2021, golongan T20 berusia 40 hingga 55 tahun paling ramai mengeluarkan duit i-Sinar KWSP untuk tujuan pelaburan seperti membeli emas atau saham ketika negara dilanda Covid-19.

Dalam kajian itu, sebanyak 47.7 peratus pencarum golongan T20 mengeluarkan wang i-Sinar untuk tujuan pelaburan dan diikuti M40 sebanyak 35.3 peratus dan B40 sebanyak 31.1 peratus.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pada seramai 2.2 juta ahli KWSP daripada golongan T20 mempunyai nilai simpanan sebanyak RM538 bilion pada April 2020 dan meningkat kepada 11 peratus sekali gus menjadikan nilai keseluruhannya RM597 bilion.

2. Kemampuan membeli keperluan asas

Membeli keperluan asas terutamanya makanan merupakan perkara penting bagi setiap isi rumah tidak mengira golongan berpendapatan tinggi mahupun rendah.

Namun, apa yang membezakannya adalah kualiti dan nutrisi yang diterima oleh mereka.

Golongan T20 atau M40 mungkin cenderung dan mampu untuk memilih makanan lebih sihat berbanding B40 seperti bijirin atau protein premium.

Kemampuan membeli keperluan bahan mentah itu juga sekali gus dapat menidakkan kemungkinan untuk golongan berpendapatan tinggi mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding golongan berpendapatan rendah.

Pada 2020, Khazanah Research Institute (KRI) secara amnya mendapati golongan kelas atas, T20 mencatatkan sebanyak 14.8 peratus yang menghidap penyakit diabetes dan kencing manis manakala B40 sebanyak 20.4 peratus.

Kontra

1. Penerimaan bantuan atau subsidi

Di sebalik jurang kos sara hidup yang dialami oleh kedua-dua golongan itu, terdapat juga kelebihan yang ada pada B40.

Seperti yang sudah tersedia maklum, kerajaan sememangnya menyediakan pelbagai bantuan kepada seluruh rakyat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah.

Antara bantuan diberikan kerajaan khusus buat B40 pada 2024 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Program Jualan Rahmah, Skim Perubatan Madani (SPM), Program MyLesen (Lesen Memandu Percuma), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Program Rebat Elektrik, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Helmet Percuma.

Kesemua bantuan itu juga tidak disalurkan kepada golongan berpendapatan tinggi seperti T20 dan M40.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa golongan T20 juga tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji sejak Pangkalan Data Utama (Padu) dilaksanakan.

TAX-COMPUTATION-BM-1024x819

Terdapat perbezaan pembayaran cukai pada kedua-dua golongan itu. — Gambar hiasan

2. Bayaran cukai

Walaupun pembayaran cukai diwajibkan kepada seluruh rakyat Malaysia, namun jumlah yang dibayar oleh golongan B40 tidak sama dengan T20.

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan menaikkan cukai sebanyak 0.5 peratus untuk golongan T20 bertujuan untuk menampung pengurangan kutipan hasil yang disebabkan oleh pemotongan cukai.

Deloitte Malaysia pada masa sama menyatakan bahawa pelaksanaan menaikkan kadar cukai golongan T20, cukai barangan mewah dan program pengakuan secara sukarela mampu menambah kutipan hasil kerajaan sebanyak empat peratus pada 2023 berbanding 2022.

Presiden Persatuab Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), J Solomon sebelum ini menyarankan agar kerajaan mempertimbangkan mengetepikan cukai pendapatan bagi indvidu daripada kumpulan B40 dan M40 yang terus bekerja selepas usia 60 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram