Harga barang keperluan, ayam dan minyak masak masih rendah berbanding kerajaan sebelum ini — PM Anwar


  • Primer
  • Isnin, 01 Apr 2024

Harga semasa barangan keperluan seperti ayam masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu. — Gambar hiasan

HARGA semasa barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah serta stabil jika dibandingkan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun beliau berkata, masih ada segelintir pihak yang mengkritik kerajaan Madani seolah-olah tidak melakukan apa-apa untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Jangan lupa pada 2021 dan 2022 harga ayam dulu RM13 (sekilogram) (kg), kini jauh lebih rendah iaitu RM9 hingga RM9.50 sekilogram.

“Pembangkang ingat kita lupa, semasa mereka (mentadbir kerajaan), (harga) minyak masak 5kg mencecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27.

"Untuk telur ayam (pula), sampai satu tahap tidak ada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah (bekalan) stabil," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh

PUTRAJAYA, 1 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan April 2024 di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini.Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua, kiri) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan (kiri).--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar (tengah) ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Putrajaya pada Isnin.

BACA LAGI: Haram guna perkataan kafir: Fadhlina Sidek buat laporan polis terhadap 2 pengendali akaun Facebook

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dihadiri lebih 500 penjawat awam di Putrajaya pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun isu beras terutama beras tempatan masih lagi berdepan sedikit masalah, namun ketegasan kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berjaya menurunkan harga beras import antara RM2 hingga RM3.

"Di samping itu, kita teruskan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan STR untuk 2024, ditambah bagi membantu, kalau 2023 sembilan juta penerima, memanfaatkan 60 peratus rakyat dewasa negara kita dengan peruntukan RM8 bilion.

"Tahun ini, (peruntukan) RM10 bilion untuk STR, itu secara langsung kepada rakyat, maknanya kadar maksimum untuk tahun 2023 ialah RM3,100 untuk satu keluarga, sekarang RM3,700," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram