[VIDEO] Laungan azan bergema di Stadium Anfield


  • Podium
  • Isnin, 08 Apr 2024

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki yang melaungkan azan di Stadium Anfield. — Twitter

MAJLIS berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield, pada Ahad

Acara yang dijalankan itu telah memasuki tahun ketiga dengan laungan azan bergema di seluruh Stadium Anfield yang merupakan sebahagian daripada acara berbuka itu.

Acara tersebut bertujuan untuk menyantuni komuniti Muslim pada bulan Ramadan serta dalam misi menangani kemiskinan keluarga tempatan yang bergelut dengan krisis kos sara hidup dengan menyediakan kotak makanan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh @asim_lfc di Twitter yang berbangga apabila laungan azan bergema di Anfield.

Dalam pada itu, melihat kepada ruangan komen, ramai memuji tindakan Liverpool FC yang memberi kebenaran untuk menganjurkan majlis berbuka tersebut.

"Respect, terima kasih Liverpool FC sebab beri kebenaran, " kata @kylian.

"Bangga menjadi penyokong Liverpool FC, saling menghormati agama lain, " kata @ismail6644.

"Respect dengan pasukan Liverpool yang membenarkan laungan azam bergema di Stadium Anfield," kata @nazlihamilton. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram