[VIDEO] Polis tahan lelaki mabuk tunjuk kemaluan sampai kena kepung orang awam di Shah Alam


  • 112
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Tangkap layar video tular memaparkan suspek cuba melarikan diri menaiki kereta dikepung oleh orang awam.

POLIS menahan seorang lelaki yang tular selepas tindakannya yang dipercayai menunjukkan kemaluan kepada seorang perempuan menimbulkan kemarahan orang ramai di Bukit Belimbing Seksyen 26, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mengenai kejadian tersebut pada pukul 11 malam.

BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi

"Tangkapan dibuat oleh orang awam dan telah serahkan kepada pihak polis. Suspek merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun.

"Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek dalam keadaan mabuk dan mempunyai masalah mental. Suspek juga sedang menjalani rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di Klang," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan tindakan sekumpulan orang awam mengepung sebuah kenderaan dinaiki seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri.

Difahamkan, lelaki terbabit sebelum itu dikesan orang ramai menghisap dadah dan melakukan gangguan seksual terhadap penduduk di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram