BAGI membudayakan industri sukan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan bahawa pelepasan cukai ini akan bertambah sekiranya sudah mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pemegang taruh terutamanya ibu bapa.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS akan bekerja rapat dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh 12 bulan tahun ini untuk mendapatkan data rakyat yang menggunakan pelepasan cukai ini.
“KBS bekerja rapat dengan LHDN untuk dapatkan data berapa rakyat menggunakan data ini. Kita akan pemegang taruh iaitu ibu bapa. Dan jika benda ini tak murah, ia akan dipertingkatkan lagi oleh LHDN.
“Saya harap ini akan jadi dorongan ibu bapa untuk melabur dalam sukan. Sekarang ini, kita nak tengok data yang masuk. Sebab itu dalam 12 bulan ini, saya pasti akan mula melihat semula jika ada syarat akan diperketatkan. Sekarang lebih fleksibel,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan di Menara KBS, Putrajaya pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau juga mengingatkan untuk membuat semakan awal sama ada penyedia latihan sukan mematuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan Pesuruhjaya Sukan atau diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016.
BACA LAGI: Kelebihan 2-1, Safuwan lebih layak galas tugas kapten Gergasi Merah berbanding Faisal Halim
E-sukan antara 103 sukan diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997.
BACA LAGI: Tidak setimpal, fans kurang setuju gaji import cecah RM15,000 untuk Liga M3
Hannah menambah, pelepasan cukai individu termasuk yuran keahlian gimnasium atau latihan sukan yang layak mendapat pelepasan cukai adalah latihan secara 'one-off' atau bersiri yang diadakan secara berstruktur seperti kelas, klinik, kursus, bengkel dan sebagainya.
“Pengesahan ini penting supaya semua jurulatih mendapatkan kursus bertauliah dari ISN (Institusi Sukan Negara) kerana ada kos sukan selamat dan latihan diberikan mengikuti persatuan sukan masing-masing.
“Pengesahan ini juga penting bagi membantu ibu bapa cari jurulatih yang bertauliah, tak nak pula tiba-tiba gangguan seksual berlaku nanti,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias memaklumkan bahawa sehingga kini sebanyak 9,955 persatuan ataupun kelab sudah berdaftar di bawah entiti berkenaan dan difahamkan kira-kira 100 permohonan sedang diproses setiap minggu.
Perbelanjaan yang dibenarkan adalah untuk kegunaan diri sendiri, suami isteri atau anak itu akan meliputi 103 jenis sukan diwartakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
Antara sukan yang disenaraikan ialah akuatik, angkat berat, berbasikal, bola sepak, karate, gimnastik, hoki, bola sepak, sukan elektronik dan banyak lagi.
Oktober tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram