[VIDEO] Penunggang motor alami pendarahan teruk lepas tercampak 30 meter dari flyover di Bayan Lepas


  • 112
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Tangkap layar daripada video mangsa yang terjatuh kira-kira 30 meter ketika menunggang motosikal di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

SEORANG penunggang motosikal dilaporkan maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter dalam kemalangan di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada petang Khamis.

Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di zon merah sebuah hospital swasta.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipercayai hilang kawalan, penunggang maut tersepit bawah lori kontena di Bayan Lepas

BACA LAGI: [VIDEO] Sembilan pekerja dikhuatiri maut dalam runtuhan binaan di Bayan Lepas

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang dalam perjalanan seorang diri ke Bayan Lepas dari Bayan Baru.

Memetik laporan media, sumber Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.59 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi membantu mengangkat mangsa membabitkan seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari APM Daerah Barat Daya.

“Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri. Mangsa meninggal dunia di hospital pada lewat malam Khamis,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram