[VIDEO] Sembilan pekerja dikhuatiri maut dalam runtuhan binaan di Bayan Lepas


  • 112
  • Selasa, 28 Nov 2023

Sembilan individu dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak pembinaan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

SEBANYAK sembilan individu dikhuatiri terperangkap dalam satu kejadian runtuhan bangunan di tapak pembinaan sebuah bangunan berhampiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa.

Menurut pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Timbalan Penguasa Bomba II Azrul Khairi Abu Bakar, kejadian berlaku pada pukul 9.58 malam Selasa.

"Sembilan mangsa telah terperangkap, namun status mereka belum diketahui. Ketika ini, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Ambulans Komuniti Sungai Ara menerusi laman media sosial Facebooknya memaklumkan sebanyak enam orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

"Ambulans kecemasan Sungai Ara 1 dan Sungai Ara 2 dengan kekuatan enam orang anggota sedang dikerah untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan dalam satu insiden dipercayai melibatkan beberapa orang mangsa di sebuah tapak pembinaan di Batu Maung.

"Dipohon kerjasama mereka yang berada di kawasan tersebut untuk memberikan laluan kepada jentera-jentera kecemasan yang sedang bergegas menuju ke tapak kejadian pada masa ini," tulis pentadbir Facebook berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram