PERLAKUAN seekor ikan paus kira-kira 40 kaki (12.1 meter) panjang dan berat kira-kira 30,000 kilogram (kg) menghampiri seorang pendayung wanita dalam kejadian di laut dekat Argentina pada 2021 memukau orang ramai.
Menerusi video yang kembali tular sejak Rabu, situasi itu pada awalnya dijangka bakal menjadi sebuah tragedi atau kejadian tidak diingini.
Namun, siapa sangka ikan paus sebesar itu hanya mahu berkenalan dan menemani pendayung tersebut.
BACA LAGI: Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP
Creo que hoy hice el mejor video con drone de ballenas de mi vida. pic.twitter.com/hBUiTWWDL6
— maxi jonas (@maxijonas) September 1, 2021
BACA LAGI: Pekerja kilang maut, tangan dan kepala putus lepas terjatuh dalam mesin pembancuh simen di Shah Alam
Dalam video itu, kelihatan haiwan mamalia itu mengelilingi wanita dikenali sebagai Analia Giorgetti yang berada di tengah-tengah lautan sambil 'mengepakkan' siripnya.
"Ia adalah suatu 'keistimewaan' dan 'saat ajaib'," katanya.
Bukan itu sahaja, ikan paus berkenaan juga dilihat mula bermain-main dan menolak papan dayung yang dinaiki wanita itu secara perlahan.
Lebih memukau pandangan apabila terlihat seekor lagi ikan paus yang sama besar menghampiri kawasan pendayung itu pada minit terakhir video.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut kagum dengan keindahan alam dan menggesa agar semua orang tidak melakukan aktiviti membahayakan kehidupan laut.
"Sebab ini saya tak mahu buat aktiviti di laut," komen @amazingnature.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram