SEORANG pekerja kilang simen ditemui maut dalam mesin pembancuh simen di Kilang Membuat Batu Blok AAC Products Sdn Bhd Seksyen 35 Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 50-an itu terapung di dalam mesin tersebut.
Menurut Mohd Iqbal, hasil pemeriksaan pihak forensik Selangor mendapati tangan sebelah kanan dari paras siku dan kepala terputus.
BACA LAGI: Tembak KLIA: Saya perlukan 7 peguam, kata suspek lepas direman seminggu bermula Selasa
Mayat mangsa yang dikeluarkan. — Bomba
BACA LAGI: Mayat anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu ditemui kakak ketika baru pulang sekolah
Menurutnya, tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada badan mangsa yang boleh menyebabkan kematian.
"Mangsa dipercayai terjatuh sendiri ke dalam tangki bancuhan simen dan terkena bilah pembancuh simen.
"Identiti mangsa telah dikenal pasti oleh waris melalui pengecaman tatu pada lengan sebelah kiri.
"Mangsa kemudiannya dikeluarkan daripada bancuhan simen yang masih basah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
"Siasatan dijalankan di bawah Sudden Death Report (SDR)," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram