ISU berkaitan pembuangan beras secara besar-besaran di Pahang telah pun mendapat perhatian daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Sebelum ini, tular isu pembuangan beras dengan jumlah besar berlaku di Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Kuala Krau, Temerloh dengan menyaksikan puluhan kampit beras serta bahan makanan lain seperti tepung dan sardin dalam tin dibuang dekat tapak pelupusan sampah.
Menurut KPKM, selepas siasatan dibuat, pembuangan puluhan kampit beras itu dibuat disebabkan ia sudah pun rosak dan tidak selamat untuk dimakan.
Status itu dapat diketahui selepas KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras (KPB) cawangan Temerloh melakukan siasatan di lapangan untuk mengetahui perkara sebenar.
BACA LAGI: KPB digesa siasat insiden bakar beras di Pahang — Mat Sabu
Ismail mengaku bertanggungjawab mengenai pembuangan kampit beras di Temerloh.
BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motor alami pendarahan teruk lepas tercampak 30 meter dari flyover di Bayan Lepas
"Berdasarkan penemuan awal, pihak KPB Cawangan Temerloh mendapati bahawa beras-beras tersebut telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
"Untuk makluman semua pihak, sebarang aktiviti pelupusan beras hendaklah merujuk kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB), KPKM," kata pihak tersebut dalam kenyataan mereka.
Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, perbuatan membuang beras, tepung dan sardin itu adalah tanggungjawab pihaknya.
Beliau telah pun memohon maaf atas apa yang dilakukannya serta bertanggungjawab terhadap mengenai perkara terjadi.
"Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang," kata Ismail. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram