POLIS meningkatkan kawalan keselamatan dengan membuat pertambahan anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) dan KLIA2 dekat Sepang, Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan ke kedua-dua terminal tersebut berikutan insiden tembakan yang berlaku di KLIA 1 baru-baru ini.
Terdahulu, tular di media sosial foto mengenai kehadiran anggota PGA yang lengkap bersenjata di lapangan terbang terbabit.
"Ada tambahan anggota polis bertugas am (beruniform biru), di bangunan itu. Kini dua kali ganda daripada yang dikerahkan sebelum ini.
“Anggota polis PGA yang serba lengkap turut membuat rondaan di pintu masuk dan di luar bangunan.
“Dalam masa terdekat, kami akan menggunakan e-skuter untuk rondaan,” katanya.
BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi
PGA kembali duty di KLIA. Untuk berapa lama, lets wait and see.. pic.twitter.com/NrkAKjJbMV
— amiruddin (@amiruddinarif_) April 19, 2024
BACA LAGI: Kapal maritim terbakar, hanyut sebelum diselamatkan MPA Singapura
Pada awal pagi Ahad lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafizul Harawi, 38, melakukan cubaan bunuh dengan menembak isterinya di balai ketibaan KLIA 1, Sepang, Selangor.
Dalam kejadian itu, Hafizul menyasarkan tembakan berkenaan ke arah isterinya yang juga pemilik syarikat agensi pelancongan, Farah Md Isa atau lebih dikenali sebagai Farah Cie yang ketika itu sedang menunggu di balai ketibaan untuk menyambut pelanggannya pulang dari umrah.
Suspek dilaporkan melepaskan tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.
Bagaimanapun, tembakan tersebut tersasar dan mengenai pengawal peribadi sasaran yang kini sedang dirawat akibat kecederaan di perut. Hafizul kemudian melarikan diri ke keretanya, diletakkan di Blok C tempat letak kereta lapangan terbang itu
Polis menahan Hafizul di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 3 petang Isnin selepas dua hari memburu suspek. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram