Kapal maritim terbakar, hanyut sebelum diselamatkan MPA Singapura


  • 112
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Kapal MT Layar Anggun 8 yang dilaporkan terbakar dan hanyut di Pulau Lima, Johor pada 16 April lalu. — Maritim Malaysia

SEBUAH Kapal Maritim MT Layar Anggun 8 berdaftar dari Tanzania dilaporkan terbakar dan hanyut di Pulau Lima, Johor pada 16 April lalu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor memaklumkan bahawa kejadian itu disedari selepas menerima emel daripada pihak Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.

BACA LAGI: Disangka mahu serang, ikan paus kelilingi pendayung wanita rupanya 'cari teman'

437936915_820600520093675_5152719533493034870_n

Kapal terbabit yang terbakar dan hanyut ketika itu. — Maritim Malaysia

BACA LAGI: Pencarum ada pilihan pindah dana simpanan Akaun Sejahtera ke Akaun 3 KWSP

Pihak Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudiannya mengarahkan sebuah kapal dan bot ronda Maritim Malaysia ke lokasi kejadian namun kapal yang dilaporkan tidak berada di lokasi tersebut.

"Sekitar pukul 4.30 petang, MRSC Johor Bahru menerima pengesahan kapal MT Layar Anggun 8 terbabit telah hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia.

"Namun, kesemua 12 kru telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura di kedudukan 9.5 batu nautika timur Tanjung Punggai, Johor dalam laut wilayah Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pihak Maritim berkata, menurut Manual Search and Rescue (SAR) Kebangsaan, aset yang berada berhampiran sesuatu kecemasan di laut harus memberikan bantuan tanpa mengira sempadan negara.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menerima laporan kejadian lebih awal ekoran kapal yang berada berdekatan kawasan kejadian telah melaporkan kejadian terbabit kepada Vessel Traffic Service (VTS) yang di bawah seliaan MPA Singapura.

"Walaupun kejadian ini berlaku dalam perairan Malaysia seperti mana termaktub di dalam Pembahagian Sektor Pelaporan Kapal Dalam Traffic Separation Scheme (TSS) Selat Melaka dan Singapura," menurut kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram