LELAKI yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA), Sepang, Selangor pada Ahad lalu memerlukan tujuh orang peguam bela.
Suspek, Hafizul Harawi, 38, demikian selepas Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan membenarkan permohonan pihak polis untuk melakukan reman terhadapnya selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin depan.
Suspek dibawa ke mahkamah tersebut bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
BACA LAGI: Suspek kes tembak KLIA bergelut sebelum ditahan depan hospital, polis rampas pistol
Suspek yang disyaki mempunyai kemelut rumah tangga ketika insiden tembakan itu.
BACA LAGI: Insiden tembak KLIA: Peguam nasihat jangan keluarkan kenyataan — Farah Cie
Terdahulu, selepas lebih 24 jam melarikan diri daripada pihak berkuasa, suspek berjaya diberkas polis Kelantan pukul 3 petang Isnin susulan kejadian yang berlaku awal pagi Ahad.
Pada waktu itu, kejadian di Terminal 1 KLIA itu menimbulkan situasi panik orang ramai selepas kedengaran bunyi tembakan kuat.
Suspek juga didakwa mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya, Farah Cie, namun tersasar dan mengenai seorang individu yang merupakan pengawal peribadi wanita tersebut.
Mangsa dilaporkan cedera dan kini dalam keadaan kritikal selepas terkena satu das tembakan pada jarak dekat sekitar tiga ke empat meter. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram