SUSPEK dalam kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 1 (KLIA), Sepang Selangor berkemungkinan merancang untuk melarikan diri ke Makkah melalui sempadan Kelantan-Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek, Hafizul Hawari, 38, cuba menyembunyikan diri di negara lain selepas menjadi buruan polis.
Suspek juga dilaporkan kerap ke luar negara dan polis tidak menyangkal kemungkinan cubaan melarikan diri itu.
BACA LAGI: Tembak KLIA: Saya perlukan 7 peguam, kata suspek lepas direman seminggu bermula Selasa
Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada Selasa. — The Star
BACA LAGI: Suspek kes tembak di KLIA ditahan polis di Kelantan, kereta dipandu bukan milik Hafizul Harawi
Polis bagaimanapun belum dapat mengesahkan modus operandi yang mahu dilakukan suspek bersama persediaannya termasuk sejumlah wang asing serta pasport.
Pada Selasa, Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap suspek sehingga bermula Selasa sehingga Isnin depan.
Majistret Rais Imran Hamid mengeluarkan perintah reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Suspek turut ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan Pendaftaran Negara (1990) kerana memiliki dokumen pengenalan diri individu lain manakala, Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor plat pendaftaran kenderaan palsu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram