SYARIKAT penerbangan tambang murah negara, AirAsia mengumumkan pemulihan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan keluar dan masuk dari Sabah pada Khamis.
Ia selepas kebanyakan penerbangan di negeri berkenaan terjejas ekoran daripada letusan gunung berapi di Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.
BACA LAGI: Langkah potong subsidi bahan api kekal dilaksana tahun ini — Rafizi
Dalam satu kenyataan, AirAsia memaklumkan, 19 penerbangan yang dipulihkan itu antara lain melibatkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.
Berikut merupakan senarai penerbangan yang kembali beroperasi:
AK5242 (KUL-BTU)
AK5243 (BTU-KUL)
AK5218 (KUL-KCH)
AK5219 (KCH-KUL)
AK5874 (KUL-SBW)
AK5875 (SBW-KUL)
AK5234 (KUL-KCH)
AK5211 (KCH-KUL)
AK5037 (JHB-SBW)
AK5038 (SBW-JHB)
AK5229 (KCH-KUL)
AK5228 (KUL-KCH)
AK6460 (KCH-SBW)
AK6461 (SBW-KCH)
AK5507 (KCH-KBR)
AK5508 (KBR-KCH)
AK1776 (SIN-KCH)
AK6057 (BTU-KCH)
AK5232 (KUL-KCH)
BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Bo Lingam berkata, penumpang AirAsia terjejas boleh meminda penerbangan mereka dengan membuat perubahan ke mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun ahli Airasia Rewards bagi perjalanan masa hadapan dengan AirAsia untuk ditebus dalam tempoh 730 hari kalendar atau dua tahun dari tarikh pengeluaran.
"AirAsia terus memantau aktiviti gunung berapi Gunung Ruang dan akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram