GUNUNG berapi Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda Indonesia meletus pada pagi Selasa, memuntahkan abu gunung berapi setinggi kira-kira satu kilometer ke udara, kata seorang pegawai.
Pegawai Pos Pemerhatian gunung berapi Anggi Nuryo Saputro dalam satu kenyataan berkata, letusan berlaku pada pukul 6.29 pagi Selasa waktu tempatan selama 130 saat.
Sejak Jun 1927, aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin meningkat, semakin besar dan tinggi sehingga 157 meter dari paras laut.
Aktivitinya meningkat dengan ketara sejak April tahun lalu dengan status amaran bahayanya dinaikkan ke tahap ketiga tertinggi.
Pada 2018, Anak Krakatau meletus dan mencetuskan tsunami yang mengorbankan lebih 400 orang manakala ribuan lagi kehilangan tempat tinggal. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram