Ibu tunggal pesalah khalwat pertama dihukum rotan di Terengganu


Nurfifi Amira (kiri) mengaku bersalah atas kesalahan khalwat dilakukannya.

SEORANG ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama dijatuhkan hukuman sebat di negeri itu akibat perbuatan khalwatnya yang dilakukan pada Januari lalu.

Nurfifi Amira Nawi, 37, mengaku bersalah di depan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Rosdi Harun selepas melakukan khalwat bersama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suaminya atau mahram dalam sebuah rumah di Kemaman pada jam 3.15 petang, 31 Januari 2024.

Dia didakwa di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu (pindaan) 2022 dengan Nurfifi Amira dikenakan hukuman sebat sebanyak enam kali serta denda sebanyak RM4,000. Jika gagal melaksanakan denda, dia boleh dipenjara selama empat bulan.

BACA LAGI: Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

2617503

Ini merupakan kesalahan khalwat kedua dilakukan Nurfifi Amira. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Tukang kebun terkejut nampak tangan bayi terjulur keluar daripada tangki pam tandas

Ia merupakan kesalahan kali kedua dilakukan oleh wanita ini selepas membuat perkara sama pada 2018. Sewaktu melakukan kesalahan pertama, dia hanya menerima hukuman denda.

Di dalam enakmen tersebut, seseorang boleh menerima hukuman sebat sebanyak enam kali, denda maksimum RM5,000 atau penjara selama tiga tahun sekiranya melakukan kesalahan berulang.

Rosdi mengarahkan agar hukuman sebat diadakan di Penjara Marang pada 6 Mei sekiranya Nurfifi Amira gagal menghantar rayuan dalam masa 14 hari bermula pada Rabu.

Ketika menjatuhkan hukuman, Rosdi mengingatkan Nurfifi Amira agar segara berkahwin bagi menghalang perkara sama berulang buat kali ketiga.

"Anda kata anda mahu berkahwin, tetapi tiada tindakan diambil. Jadi (perbuatan) ini menunjukkan anda tidak insaf," kata Rosdi. — THE STAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram