[VIDEO] Tinju warga emas cacat sampai KO dalam lif, lelaki terlepas hukuman penjara sebab diabetes


  • Benua
  • Rabu, 03 Apr 2024

Insiden mengejutkan yang turut dirakam CCTV di dalam lif itu menyaksikan Andrew menumbuk Richard sehingga terjatuh. — Agensi

SEORANG lelaki yang bertindak kejam menumbuk seorang warga emas kurang upaya di dalam sebuah lif di Manhattan, New York, Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan terlepas hukuman penjara selepas dia menggunakan alasan penyakit diabetes yang dihidapinya.

Dalam perbicaraan kes tersebut pada minggu ini, tertuduh, Andrew Caban, 49, mendakwa dia mengalami episod hipoglisemia ketika kejadian berkenaan.

Insiden mengejutkan yang turut dirakam kamera keselamatan (CCTV) di dalam lif berkenaan menyebabkan mangsa, Richard Regen, 61, mengalami pendarahan otak dan sawan.

Dia juga yang sedang dalam tempoh pemulihan selepas mengalami strok dua tahun lalu juga terpaksa menjalani pembedahan otak akibat serangan tersebut.

Richard juga terpaksa dirawat di hospital selama 30 hari dengan dia turut mula kerap mengalami serangan sawan selepas insiden berkenaan.

WhatsApp Image 2024-04-03 at 9.28.15 PM (2)

Tertuduh, Andrew Caban. — Agensi

Dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah pada Isnin, Andrew yang mengakui kesilapan dilakukannya berkata, dia menghidapi diabetes sejak muda.

"Saya pernah mengalami episod hipoglisemia sebelum ini, dan saya sangat kesal perkara ini berlaku.

"Saya cuai. Tak tiada niat langsung. Saya tak ada niat nak mencederakan dia," katanya.

Hipoglisemia ialah keadaan di mana paras gula seseorang individu lebih rendah daripada julat standard.

Secara umumnya, keadaan tersebut menyebabkan individu terbabit mengalami kebimbangan melampau, berpeluh dan hilang fokus.

Dalam pada itu, Andrew yang juga pekerja pembinaan turut mendakwa dia masih gagal untuk mengingati insiden yang berlaku disebabkan keadaan kesihatan dialaminya.

Ketika perbicaraan, dia didakwa atas kesalahan melakukan serangan tahap ketiga ke atas Richard dan berdepan hukuman penjara setahun sekiranya didapati bersalah.

Bagaimanapun, keputusan Andrew untuk membuat pengakuan bersalah dan melakukan permohonan pengurangan berkemungkinan menyebabkannya terlepas hukuman penjara jika dia permohonan bagi meminta pengurangan.

Pendakwa raya mengakui Richard bakal terus hidup dengan trauma berterusan akibat serangan tersebut.

WhatsApp Image 2024-04-03 at 9.28.15 PM (1)

Kecederaan dialami Richard akibat insiden serangan tersebut. — Agensi

Ketika perbicaraan pihak pendakwa raya masih mempertimbangkan permohonan pengurangan hukuman Andrew dengan tertuduh bakal mendapat dan perintah sekatan bagi menjauhkan diri daripada mangsa.

Dalam video yang merakam serangan tersebut, Andrew dilihat secara tiba-tiba memberikan tumbukan padu ke arah muka Richard sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan terduduk di dalam lif.

Lelaki itu kemudiannya didapati dengan selamba keluar daripada lif berkenaan meninggalkan mangsa yang sedang dalam kesakitan.

Perbicaraan kes tersebut ketika ini ditangguhkan dengan prosiding seterusnya akan bersambung pada 31 Mei depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram