Pemilik restoran maut bersama ibu, Alphard hancur separuh bergesel lori di Bandar Baharu


  • 112
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Foto dikongsikan di media sosial memaparkan MPV dinaiki keluarga tersebut hancur di bahagian kanan akibat kemalangan terbabit. — Facebook

DUA beranak maut selepas kereta pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard dinaiki bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah pada Jumaat malam.

Mereka yang maut dalam kejadian itu ialah anak lelaki yang juga pemandu berusia 55 tahun dan ibunya yang berumur 85 tahun.

Semasa nahas, kenderaan terbabit turut dinaiki bersama empat penumpang lain difahamkan sedang dalam perjalanan untuk melakukan ziarah raya.

Berdasarkan foto dikongsikan di media sosial, MPV dinaiki keluarga tersebut hancur di bahagian kanan akibat kemalangan terbabit.

Pada masa sama, salah satu video tular turut memaparkan salah seorang mangsa maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam pada itu, menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

BACA LAGI: 'Sampai mati saya tak lupakan dia', nenek reda 8 tahun cucu hilang tanpa khabar berita

437763644_455370606823507_2923223071984239918_n

Keadaan lori yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan dua beranak pada Jumaat malam. — Facebook

BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'

Katanya, keluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Serdang ke Bandar Baharu.

"Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard yang dipandu mangsa memasuki laluan bertentangan dan bergesel dengan sisi kanan lori berkenaan.

"Kemalangan itu menyebabkan kenderaan MPV itu terbabas ke kiri jalan," katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Pemandu lori berusia 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, pemandu terbabit difahamkan merupakan pemilik restoran Nasi Kawah Wong Solo di Pontian, Johor dan sedang pulang beraya bersama keluarganya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram