[VIDEO] Angkara pemandu 'belok lajak jauh', rider RXZ terpelanting ke dinding gerai makan di Sabak Bernam


  • Tular
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan kemalangan melibatkan sebuah kereta bersama motosikal di Jalan-Sabak Bernam, menghala ke Tanjong Karang, Selangor pada Jumaat.

KECUAIAN seorang pemandu yang membelok secara tiba-tiba dari lorong kanan untuk masuk ke sebuah simpang di kiri jalan membawa padah selepas dia terlibat dalam kemalangan bersama sebuah motosikal di Jalan-Sabak Bernam, menghala ke Tanjong Karang, Selangor pada Jumaat.

Ketika insiden tersebut, penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna kuning terbabit sedang cuba memotong dari lorong kiri jalan utama berkenaan.

Video kejadian itu turut dirakam kamera papan pemuka kenderaan yang berada di lokasi.

Menerusi klip berkenaan, penunggang terbabit pada awalnya menunggang motosikal pada kelajuan agak tinggi di lorong kiri jalan berkenaan sambil memotong beberapa kenderaan.

BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'

Bagaimanapun, sebuah kenderaan dipandu di lorong kanan jalan kemudiannya secara tiba-tiba membelok ke kiri untuk memasuki sebuah persimpangan di jalan tersebut.

Tindakan itu menyebabkan penunggang terbabit tidak sempat untuk mengelak dan terus berlanggar dengan kereta berkenaan.

Impak daripada pertembungan itu menyebabkan penunggang tersebut terpelanting ke arah dinding sebuah kedai makan yang terletak beberapa meter dari lokasi kemalangan.

BACA LAGI: 'Sampai mati saya tak lupakan dia', nenek reda 8 tahun cucu hilang tanpa khabar berita

WhatsApp Image 2024-04-13 at 12.59.05 PM

Keadaan motosikal dinaiki penunggan terbabit.

Berdasarkan info awal dikongsikan di media sosial, penunggang motosikal terbabit difahamkan terselamat namun mengalami kecederaan parah dan sudah menerima rawatan di hospital.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram