[VIDEO] Remaja 17 tahun maut tak sempat elak kereta keluar simpang tiba-tiba di Kemaman


  • 112
  • Khamis, 11 Apr 2024

Muhamamd Adif Darwis meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh, Kemaman pada Rabu.

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh, Kemaman, Terengganu pada Rabu.

Difahamkan, mangsa yang pada ketika itu menunggang sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115Z gagal mengelak sebuah kereta jenis Honda Civic yang secara tiba-tiba keluar dari persimpangan jalan itu.

Dalam kemalangan pada pukul 10.30 malam tersebut, mangsa, Muhammad Adif Darwis Madzwan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

BACA LAGI: 'Kalau lebih-lebih surat lawyer sampai', Beto Kusyairy bagi amaran ada pihak cuba kaut untung 'jual nama'

BACA LAGI: Balik kampung beraya, ketahui formula solat qasar dan jamak musafir

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, remaja itu dikatakan dalam perjalanan ke Cheneh dari rumahnya di Kampung Pasir Minal, Chukai, Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang pekerja kedai perabot berusia 32 tahun dikatakan tiba-tiba keluar dari persimpangan kiri jalan.

“Motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya pada Khamis.

Hanyan berkata, rempuhan itu menyebabkan Muhammad Adif Darwis terjatuh dari motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram