MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli mengejutkan ramai apabila memberitahu bahawa kediamannya 'dipecah masuk' kira-kira 10 'suspek' ketika sedang bercuti Hari Raya Aidilfitri pada Khamis.
Menerusi hantaran di Facebooknya, kesemua suspek didapati menyelongkar dapur dan melepaskan kekecewaan mereka ke atas pokok bunga plastik di kabinet dapur.
Namun, suspek dimaksudkan adalah merujuk kepada kucing peliharaannya yang tidak berpuas hati ditinggalkan selama beberapa hari gara-gara tidak dibawa pulang ke kampung beraya.
BACA LAGI: Sampai tahan tayar dengan batu, ada minta PM Anwar teliti isu parkir hospital di Kampar
Antara 'suspek' yang berjaya ditangkap ketika kejadian. — Facebook/Rafizi
BACA LAGI: Kerajaan akan segerakan penyediaan kemudahan wad kelas 3 HKL
Katanya, beberapa suspek (kucing) cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah dan melarikan kelengkapan senaman tuan rumah, tetapi tidak berjaya.
"Pemilik sebuah rumah di sini dikejutkan dengan rumah yang pecah selepas pulang dari cuti beraya.
"Suspek terakhir ditangkap semasa sedang bersembunyi di celah-celah pokok.
"Motif dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati 10 suspek yang tidak dibawa pulang beraya di kampung.
Dalam pada itu, rata-rata warganet dilihat terhibur dengan hantaran Rafizi yang memaparkan gelagat comel kucingnya.
Ramai yang mengatakan bahawa, ia menjadi situasi normal buat para pemilik kucing ketika ditinggalkan bersendirian di rumah.
"Memang habislah rumah kalau tinggalkan kucing-kucing bebas macam tu, hahaha," komen Amirul Hafiz.
"Harap tuan rumah dapat pengajaran, kalau dah berjanji dengan kucing tu, tunaikanlah," seloroh Zulkefli Sarji. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram