PENDUDUK di tiga daerah di Lembah Klang terpaksa menyambut hari raya dalam cuaca kurang baik selepas kawasan terbabit merekodkan tahap udara tidak sihat pada Rabu.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga daerah tersebut adalah Klang, Banting dan Cheras.
Setakat 10 pagi Selasa, ketiga-tiga daerah terbabit menunjukkan peningkatan bacaan indeks bahan pencemar udara (IPU).
Klang, Banting dan Cheras merekodkan bacaan IPU tidak sihat masing-masing 153, 159 dan 155.
Pada pukul 9 pagi Rabu, bacaan IPU Klang menurun kepada 139 manakala di Banting pula 163.
BACA LAGI: Logo tapak kasut Vern's tidak menyerupai kalimah ALLAH dalam seni khat — Pakar
Umat Islam di Malaysia menyambut 1 Syawal pada Rabu. — Gambar hiasan
BACA LAGI: Lelaki disyaki 'perisik' Israel didakwa Jumaat ini
Walaupun kualiti udara di Klang mencapai tahap tidak sihat pada pukul 2 pagi Rabu, kualiti udara di Banting sudah berada pada tahap tidak sihat itu sejak Ahad lalu.
Kedua-dua lokasi itu merupakan dua kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat pada ketika ini di seluruh negara.
Kawasan yang mempunyai bacaan tinggi mendekati tahap tidak sihat termasuk Cheras (96), Nilai, Negeri Sembilan (96) dan Balok Baru, Kuantan (97).
Kawasan mencatatkan tahap IPU baik pada pagi Rabu adalah Paka (35) dan Kuala Terengganu (38) di Terengganu; Kimanis (32) dan Kota Kinabalu (35) di Sabah; sementara bacaan udara bersih dicatatkan di Kapit (20) dan Mukah (23) di Sarawak.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana.
Bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 dianggap sangat tidak sihat.
Sebarang bacaan kualiti udara 300 dan ke atas dikategorikan sebagai berbahaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram