DUA anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera ditembak ketika menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak, Sabah pada awal pagi Ahad.
Mangsa, Kapten Zainal Abad Komel, 45, dan Prayrie De Cuella Jimin, 35 dilaporkan sedang membuat rondaan di perairan sebelum menyedari terdapat bot enjin sangkut biru berhampiran Kampung Pangi, Kunak pada kira-kira 8.30 pagi.
Sebaik dihampiri, tiga suspek yang berada di atas bot berkenaan tiba-tiba melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48 itu.
BACA LAGI: Tak mustahil dunia retail terkubur, makin ramai lebih suka beli-belah online
Seorang daripada mangsa yang cedera di muka ketika kejadian. — APMM
BACA LAGI: Anak yatim 7 beradik dijaga nenek uzur ukir senyuman nikmati bufet hotel di Putrajaya
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim, Dr. Suzanna Razali Chan berkata, pasukan operasi turut melepaskan tembakan balas namun kumpulan terbabit berjaya melarikan diri.
"Apabila pasukan peronda cuba menghampiri, suspek telah bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota bot peronda APMM menghampiri mereka. Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan membawa bot tersebut.
"Berlakunya kejadian berbalas tembakan antara suspek dan anggota APMM kira-kira pukul 8.40 pagi.
"Zainal cedera di mata kanan, manakala Prayrie cedera kedua-dua belah tangannya ketika cuba membalas tembakan untuk mempertahankan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada masa sama, Suzanna berkata, empat anggota yang berada di atas kapal APMM Bot Banggi 48, tidak cedera.
Berikutan kejadian terbabit, APMM bersama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah mengatur gerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team), pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes tersebut dan mengesan kesemua suspek terlibat.
Dalam pada itu, kedua-dua anggota Maritim Malaysia yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram