PAKAR seni kaligrafi menyifatkan logo pada tapak kasut keluaran jenama Vern's yang didakwa tertera perkataan 'ALLAH' adalah tidak menyerupai kalimah suci tersebut yang digunakan dalam seni 'khat'.
Khat merupakan suatu bentuk tulisan kaligrafi bahasa Melayu-Arab.
Pensyarah Pengajian Budaya Seni Visual, Seni Islam dan Kaligrafi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Madya Dr Nor Azlin Hamidon berkata, logo tersebut dilihat mempunyai lebihan garisan yang menjejaskan tulisan kalimah 'ALLAH'.
“Dari sudut pandangan tukang kha, logo tersebut tidak menepati mana-mana kaedah khat yang diterima secara tradisional, dan reka bentuknya adalah dalam kategori khat bebas.
"Kemungkinan ia tidak disengajakan dari aspek reka bentuk kasut tumit tinggi," katanya yang juga timbalan presiden Persatuan Seni Khat Kebangsaan seperti dilaporkan Bernama pada Isnin.
Terdahulu, tular satu video berdurasi tiga minit memaparkan seorang seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo dipercayai menyerupai perkataan ‘ALLAH’.
Mengulas lanjut, Nor Azlin berkata, kekeliruan dalam isu tersebut timbul apabila logo berkenaan hanya memaparkan dua garisan menggambarkan kasut tumit tinggi berkenaan sementara talinya dilukis dengan garisan berputar.
“Bentuk putaran lilitan buku lali pada logo kelihatan seperti kalimah ‘ALLAH’ yang lengkap terutama dalam bentuk garisan yang seakan-akan tulisan huruf jawi ‘ha’ (hujung putaran yang disambungkan kepada bentuk kasut tumit tinggi).
"Iaitu bentuk tambahan yang menjadikan titik masalah dalam bentuk kalimah 'Allah'.
"Garis putaran itu juga nipis pada baris putaran pertama, seolah-olah ia menyerupai tulisan huruf jawi 'alif', sehingga kelihatan hampir terputus atau tidak bersambung.
"Sebab itu orang boleh membacanya menyerupai perkataan itu. 'ALLAH'," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata jika reka bentuk logo itu tidak disengajakan oleh jenama kasut itu, maka ia perlu diperbaiki bagi mengelakkan isu sensitif tersebut berterusan.
BACA LAGI: MP PKR tawar diri jadi peguam Akmal Saleh
Tangkap layar video tular individu mendakwa rekaan tapak kasut yang mirip kalimah ALLAH di sebuah premis di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
BACA LAGI: Warga emas ada sejarah penyakit jantung dikhuatiri hilang lepas keluar rumah di Kuala Terengganu
Nor Azlin juga berharap agar kontroversi itu dapat dijadikan iktibar dan tidak diulangi oleh pereka barangan atau produk lain dalam apa jua bidang.
Dalam pada itu, laporan sama turut memetik pandangan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan, Dr Abd Rahman Hamzah yang menyifatkan lakaran atau rekaan yang ditulis pada tapak kasut itu tidak cukup jelas untuk mengaitkannya dengan kalimah ALLAH.
Selain bentuknya yang terlalu kabur, beliau berkata, terdapat banyak juga kemungkinan untuk mentafsir logo berkenaan.
“Isu ini sama dengan bentuk huruf ‘T’ atau ‘+’ (tanda salib) pada corak atau hiasan agama Islam yang dikaitkan dengan tanda salib Kristian.
"Kita jangan mudah melatah; bukan semua huruf 'T' adalah tanda salib. Geometri Islam juga mempunyai banyak bentuk yang serupa sejak zaman berzaman," katanya sambil menambah adalah wajar untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam, Syariah, Fiqh Wa Usul dan al-Quran dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Abdul Hanis Embong berkata, dalam menilai logo tersebut, umat Islam tidak seharusnya memisahkan logo itu dengan hanya memfokuskan kepada gelung yang mewakili lilitan tali kasut itu, sekali gus menyamakannya dengan kalimah 'ALLAH'.
Beliau yang juga Timbalan dekan (Bakat dan Penyelidikan) Yayasan UMT dan Pusat Pendidikan Berterusan itu menerusi laporan sama juga berpandangan ia tidak seratus peratus sama dengan kalimah suci tersebut.
"Jika anda melihat logo secara keseluruhan, anda tidak akan nampak (perkataan 'ALLAH'). Sebab itu kita tidak sepatutnya memisahkannya. Mana-mana logo, jika rosak, boleh menyebabkan salah faham. Ia seperti apa-apa ucapan apabila diambil separuh-separuh, konteksnya tersasar.
"Syarikat kasut sudah jelaskan. Jadi, sebagai seorang yang rasional, kita boleh lihat justifikasi dia... sebab kalau ikut apa yang diterangkan, itu adalah tumit kasut dan lilitan buku lali,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram