SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dilempar ibunya dari tingkat 22 sebuah bangunan apartmen di Chongqing, China pada Isnin.
Polis China berkata, suspek dikenali sebagai He, 37, mempunyai kesihatan mental dan mengalami episod mania paling teruk di rumahnya sekitar pukul 7 pagi.
Wanita tersebut pada mulanya mencederakan ibu mentuanya dengan pisau sebelum melempar anak lelakinya melalui tingkap rumah.
BACA LAGI: Jabatan Perikanan sahkan kupang di PD tak selamat dimakan
BACA LAGI: 'Saya bukan anggota Lembaga Pengampunan', Saifuddin tak pernah lihat adendum Najib
Ibu mentuanya bagaimanapun selamat dan hanya cedera ringan sedang menerima rawatan di hospital.
Kejadian yang menimbulkan panik orang ramai itu juga sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial.
Dalam minit awal video, kelihatan suspek cuba mencampak anak perempuannya ke bawah namun dihalang beberapa jiran yang menyaksikan kejadian.
Menerusi rakaman sama, ibu mentuanya juga tidak terdaya berbuat apa-apa melihat menantunya sanggup memperjudikan nyawa kanak-kanak tersebut.
Keadaan semakin tegang apabila wanita terbabit terus mengancam untuk mengapa-apakan seorang lagi anaknya.
Pada minit pertengahan video memaparkan suspek mencampak bayi lelakinya berusia tiga tahun dari tingkap lain dalam rumah itu.
Bayi lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut seorang saksi, terdapat kusyen udara diletakkan di bawah bangunan tetapi mangsa dicampak dari tingkap lain yang di bawahnya tiada pelindung sama.
Sementara itu, suspek dilaporkan sudah ditahan serta kes masih dalam siasatan polis dan menyiasat pelbagai kemungkinan di sebalik kejadian menyayat hati itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
