[VIDEO] Pemandu BMW tak sedar diri salah 'park' terlalu dekat kereta sebelah


  • Tular
  • Selasa, 09 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang wanita merakam pemilik kereta yang parkir di sebelahnya di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SEORANG wanita dipercayai cuba menegakkan benang yang basah selepas melakukan kesalahan meletak kereta apabila menyalahkan pemilik kenderaan yang parkir di sebelah kereta BMW miliknya di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di Facebook Malaysia Driving & Parking Offenders pada Selasa, wanita tersebut dilihat meletakkan keretanya melebihi ruangan kotak parkir yang disediakan.

BACA LAGI: 'Terima kasih ALLAH jagakan Abang Din,', warga emas hilang lepas keluar rumah ditemukan meninggal dunia tepi landasan ECRL Kuala Terengganu

Screenshot (897)

Keadaan kereta wanita terbabit yang berada melebihi garisan parkir.

BACA LAGI: Disyaki cuba rentas sempadan, suspek sanggup terjun sungai lepas ketika dipintas bot Marin PDRM

Dia bagaimanapun tetap tidak berpuas hati dan terus merakam pemilik kereta putih untuk tujuan menularkan situasi tersebut di media sosial.

"Awalnya, si dia (wanita) parkir kereta BMW miliknya keluar dari kotak. Selepas itu, dia mengadu yang kereta putih parkir terlalu dekat sampai susah nak masuk kereta.

"Hebat betul lakonan dia ni, salah sendiri tapi menyalahkan orang lain. Fikir dia selalu betul, tapi salah sendiri tak tengok," tulisnya.

Pada masa sama, berlaku sedikit perbalahan kecil antara kedua-dua milik kenderaan.

Rata-rata warganet turut mengecam tindakan wanita itu yang seolah-olah tidak melihat kesalahannya.

"Skill tak baik. Malas nak adjust, Rakam saya? Rakam awak balik," komen Damon Chow.

"Sudah makan garisan parkir lagi nak berlagak," respons Tsu Yik Lim.

Sementara itu, tidak dapat diketahui bahawa situasi tersebut sudah diselesaikan atau tidak selepas tularnya video tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram