TREND menyewa kereta menjelang musim perayaan semakin mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Membangkitkan kemegahan dan kegembiraan, seolah-olah membawa pulang kereta baharu ke kampung halaman mungkin menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan trend tersebut.
Sambutan menggalakkan juga menyebabkan syarikat menyewa kereta semakin bertambah bagi memenuhi permintaan pelanggan khususnya menjelang waktu perayaan.
Apatah lagi sekarang kita berada dalam fasa dunia digital, jadi segala-galanya berada di hujung jari.
Jika sebelum ini anda perlu datang terus ke syarikat tertentu untuk menyewa kereta, kini tidak lagi.
Dengan pelbagai pilihan yang disediakan, anda boleh memilih mana-mana kereta sewa idaman hanya dengan beberapa klik. Begitu mudah dan pantas bukan?
Anda juga boleh membuat tempahan dari mana-mana lokasi tanpa perlu pergi ke kedai atau menghubungi ejen secara terus, asalkan mempunyai akses internet.
Banyak kelebihan sebenarnya membuat tempahan dalam talian, antaranya anda boleh membandingkan harga dari pelbagai syarikat sewa dengan mudah tanpa menghabiskan banyak masa.
Dengan alternatif ini, orang ramai berpeluang menyewa pelbagai jenis kenderaan mengikut bajet dan keperluan masing-masing, seterusnya membolehkan anda mencari tawaran terbaik.
Di sini Majoriti senaraikan empat aplikasi terbaik untuk menempah kereta sewa dan pulang beraya sakan di kampung.
Orang ramai berpeluang untuk menyewa pelbagai jenis kereta mengikut bajet dan keperluan mereka. — Agensi
BACA LAGI: Seminggu sebelum serangan Crocus, aset tentera AS dikesan di Tajikistan
1) KLezcar
KLezcar merupakan salah satu syarikat sewa kereta rangkaian terbesar di Malaysia yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Syarikat itu menyediakan perkhidmatan kereta berkualiti tinggi dengan semua kereta sewa berada dalam keadaan memuaskan dan diselenggara dengan baik.
Anda boleh menempah kereta sewa di KLezcar menerusi dalam talian dan juga aplikasi.
Terdapat dua cara untuk menggunakan aplikasi, iaitu secara Google Play dan kedua menerusi Appstore.
Menariknya, jika anda pertama kali menggunakan aplikasi ini untuk menempah kereta, anda berpeluang merebut diskaun sebanyak RM10.
2) Socar
Kereta yang disewa boleh dihantar terus ke hadapan pintu rumah pengguna jika berada dalam zon Socar-2-You. — Agensi
Socar menyediakan perkhidmatan kereta sewa digital yang mana semua urusan dibuat menerusi aplikasi sahaja.
Kereta Socar boleh disewa bermula serendah RM4 per jam atau dari RM200 untuk lima hari, khusus buat mereka yang menyertai program Socar Business Mobility.
Jangan tak tahu, harga sewaan syarikat ini termasuklah petrol percuma untuk perjalanan sejauh 20 kilometer (km) bagi setiap jam yang disewa.
Malah, kereta yang disewa boleh dihantar terus ke hadapan pintu rumah pengguna jika berada dalam zon Socar-2-You.
Lokasi kereta Socar boleh didapati di bandar utama di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Lembah Klang, Johor Bahru, Johor; Ipoh, Perak dan Seremban, Negeri Sembilan.
3) GoCar Subs
GoCar yang dilancarkan pada Jun 2019 dijenamakan semula sebagai GoCar Subs. — Agensi
Perkhidmatan ini boleh diakses 24 jam sehari, setiap hari.
GoCar yang dilancarkan pada Jun 2019 dijenamakan semula sebagai GoCar Subs.
Syarikat tersebut menawarkan alternatif mampu milik dan mengatasi cabaran pemlilikan kereta pada hari ini.
GoCar Subs kini mempunyai pilihan kenderaan daripada sedan, kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover dan trak pikap melibatkan jenama tempatan, Jepun dan Eropah seperti Perodua, Proton, Nissan, Toyota, Honda, Volkswagen dan Renault.
Semua kenderaan itu diperiksa secara bebas demi memastikannya berada dalam keadaan terbaik dan memenuhi standard yang dimahukan pelanggan.
Pelan langganan merangkumi tempoh mingguan, bulanan, 12, 24 atau 36 bulan. Semakin lama kontrak, kos menjadi semakin rendah dan mampu milik.
Bayaran tersebut sudah merangkumi insurans, cukai jalan, servis, penyelenggaraan berkala dan pemeriksaan kereta yang dinilai secara bebas.
4) Moovby
Moovby antara aplikasi popular untuk menempah kereta.
Jika anda menginginkan pengalaman menaiki kereta berjenama mewah dan bergembira dalam perjalanan ke desa untuk berhari raya, Moovby adalah jawapannya.
Moovby menyediakan variasi kereta sewa daripada jenama tempatan seperti Proton dan Perodua, sehinggalah kepada jenama BMW dan Mercedes.
Dengan hanya penatalan ringkas menerusi aplikasi Moovby, anda akan menemukan senarai kenderaan Mitsubishi Xpander dan BMW 4 Series. Jika lokasi di Kuala Lumpur, anda akan menemui senarai kenderaan Lamborghini Gallardo 2011, McLaren 570, dan Ford Mustang.
Jika mahu mencari sumber pendapatan sampingan, anda juga boleh menyewakan kenderaan sendiri dengan menjadi hos Moovby. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram