POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menghalang seorang suspek dipercayai cuba merentasi sempadan ke Malaysia menerusi perairan Sungai Tak Bai dekat Narathiwat, baru-baru ini.
Rakaman kejadian tersebut turut tular di Facebook Rantau Panjang Post pada Selasa yang menunjukkan aksi bot Marin PDRM mengejar dan memintas bot yang dinaiki individu tersebut.
Pada awalnya, kelihatan aset PDRM menghampiri bot suspek tetapi kapal penguat kuasa itu terlalu hampir sehingga menyebabkan berlakunya pelanggaran.
Akibatnya, suspek terpaksa terjun ke dalam sungai sebelum dibantu beberapa orang awam yang juga berada di sungai tersebut.
BACA LAGI: Sakit perut lepas makan 'scramble eggs' rupanya sebab ada 'bangkai' dalam tin susu sejat
BACA LAGI: Vern's mohon maaf, akui logo kasut tak sempurna, tiada niat niat perlekeh hina kalimah ALLAH
Menerusi perkongsian pengguna Facebook dari Thailand, Family jirayut, suspek lolos daripada ditahan pihak polis.
Warga maya itu bagaimanapun mendakwa bahawa tiada maklumat lanjut yang dapat diperoleh berhubung kejadian itu.
Sementara itu, rata-rata warganet dari Malaysia turut memberikan reaksi positif terhadap tindakan PDRM kerana telah menjalankan tugas dengan baik.
Ada yang beranggapan, terdapat kemungkinan bahawa individu berkenaan melakukan jenayah seperti menyeludup barang larangan ke Malaysia.
Namun, punca dan tarikh sebenar kejadian masih belum dikenal pasti.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan PDRM berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram