[VIDEO] Lepas jentera rosak, Hafizh Syahrin bangkit pastikan bendera Johor berkibar di Thailand


  • Podium
  • Ahad, 17 Mac 2024

Hafizh berpuas hati membantu pasukannya menempa nama dalam saingan ARRC. — Facebook/JDT Racing Team

PERMULAAN sukar dihadapi pelumba negara, Hafizh Syahrin bersama pasukan permotoran Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas jenteranya rosak dalam aksi Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand berkenaan menyaksikan pelumba terbabit gagal menamatkan saingan, sekali gus meraih perhatian serong daripada orang ramai.

Namun, dalam satu lagi aksi pada Ahad, Hafizh kembali bangkit dengan muncul naib juara hanya di belakang pelumba dari Indonesia, Andi Farid Izdihar.

Kejayaan terbabit pasti cukup menggembirakan Hafizh yang meraikannya dengan mengibar bendera Johor sejurus selepas menamatkan perlumbaan.

BACA LAGI: 'Kita tunggu dulu', masa depan Hafizh Syarin di bumi Johor terjawab minggu depan

BACA LAGI: Enjin mula panas, ramai harap Hafizh Syahrin tampil serasi bersama JDT Racing Team

Pelumba berusia 29 tahun itu beraksi cemerlang dengan menguasai perlumbaan pada peringkat awal sebelum Andi memecut pada tujuh pusingan terakhir untuk memintasnya.

Andi yang beraksi di bawah Honda Asia-Dream Racing with Astremo dengan pelumba tuan rumah, Nakarin Atiratphuvapat yang juga sepasukan Andi melengkapkan podium.

Kejayaan itu pastinya mengobarkan semangat JDT Racing Team yang bergelut dengan masalah teknikal motosikal Ducati Panigale V4R yang membataskan mereka untuk sepusingan sahaja.

Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR BMW Racing Team) yang muncul juara dalam Perlumbaan 1 berada di kedudukan kelima sementara seorang lagi pelumba kebangsaan, Md Zaqhwan Zaidi berada di tangga keenam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram