TERKENAL dengan gaya pemakaian seksi ketika menunggang motosikal, seorang penunggang wanita Rusia sempat merakam detik terakhir perjalanannya sebelum meninggal dunia pada Ogos 2017.
Dia yang dikenali sebagai Monika dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Vladivolstok, Rusia kerana dikatakan hilang kawalan ketika menunggang motosikalnya jenis BMW.
Wanita yang mempunyai hampir 150,000 pengikut di media sosialnya itu juga dilaporkan menunggang dalam had laju sebelum merempuh pengadang besi.
BACA LAGI: Angkara jalan rosak, rider maut terpelanting motor terperosok bawah lori di Jambatan Selat Klang
Monika atau nama sebenar, Olga Pronina, 40, sebelum ini menarik perhatian ramai kerana sering berkongsi gambar dan video yang memaparkan aksinya menunggang motosikal dengan berpakaian mencolok mata.
Dia yang juga merupakan ibu kepada seorang anak perempuan itu pernah dilaporkan membawa dalam kelajuan melebihi had laju yang sememangnya membahayakan nyawa.
Namun, sebelum kematiannya itu, Monika sempat berkongsi satu video terakhirnya menunjukkan aksinya di atas motosikal.
Video tersebut juga memaparkan insiden malang yang mana dia terjatuh daripada motosikalnya ketika berlumba di tengah jalan sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu, aksi bahaya sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi itu turut dikatakan antara hobi kegemaran Monika.
BACA LAGI: Rider nyaris rentung, motor tiba-tiba terbakar akibat litar pintas lepas isi minyak
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya pernah menasihati wanita itu namun, dia tetap dengan pendiriannya.
"Salah satu kelebihan terbesar dalam hobi saya adalah motosikal ini yang mendisiplinkan saya. Terima kasih kepadanya jadikan saya seorang wanita dengan bentuk fizikal sempurna kerana motosikal bukan untuk wanita lemah," tulisnya dalam salah satu hantaran di media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram