SEORANG warga emas disyaki hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Baru, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu pada pagi Sabtu.
Adik kepada lelaki tersebut, Azis Ngah berkata, abangnya, Muhammad yang berumur 67 tahun kali terakhir dilihat ketika keluar daripada rumahnya menaiki motosikal Honda EX5 berwarna merah tiga roda dengan nombor pendaftaran TAV 9836 pada pukul 7.30 pagi.
"Waktu itu keluarganya ingat dia nak pergi dekat-dekat sahaja sebab dia tak bawa apa-apa termasuk telefon dan beg duitnya. Helmet tak pakai. Baju pun hanya pakai kemeja-T warna biru dan kain pelekat," katanya ketika dihubungi Majoriti.
BACA LAGI: 'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah
Muhammad (belakang, kanan) mempunyai sejarah penyakit jantung.
Azis berkata, selepas daripada itu, abangnya yang dikenali sebagai Abang Din masih tidak dapat dihubungi sehingga pada malam Sabtu.
Katanya, usaha untuk mencari abangnya yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya itu sudah dimulakan di sekitar kampung oleh penduduk sementara menunggu tempoh 24 jam untuk membuat laporan polis.
Azis berkata, itu merupakan kali pertama abangnya hilang tanpa sebarang khabar berita.
BACA LAGI: Umno Selangor perlukan pemimpin seperti KJ untuk 'comeback'
Ujarnya, keluarga abangnya juga risau kerana khuatir dengan keadaan lelaki tersebut yang mempunyai sejarah penyakit jantung.
Menurut Azis, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan abangnya boleh menghubungi anak abangnya Arif di talian 017-9213859 atau Mohd Ruzli Ngah (019-9067974). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram