SEORANG lelaki bertindak mencuri secara terbuka di sebuah premis pembekal barang keperluan pasukan keselamatan di Tawau, Sabah pada Ahad.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook 8hannels, lelaki dengan memakai baju biru itu disyaki mencuri beberapa buah beg tangan wanita yang dipamerkan di luar kedai.
Individu itu pada awalnya memerhati kawasan sekelilingnya sebelum dengan pantas mengeluarkan sebungkus plastik hitam.
BACA LAGI: Dua anggota APMM cedera ditembak 3 penjenayah di perairan Kunak
BACA LAGI: Tak mustahil dunia retail terkubur, makin ramai lebih suka beli-belah online
Dia kemudiannya dilihat memasukkan beg tersebut di dalam plastik dan berlalu meninggalkan lokasi kejadian seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Pada masa sama, tindakan lelaki tersebut tidak disedari orang awam mahupun pemilik kedai berkenaan.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan ketika dihubungi Majoriti berkata, pihaknya memberi peluang dan tempoh 24 jam kepada suspek untuk memulangkan barang tersebut.
Katanya, jika individu itu gagal berbuat demikian, dia akan membuat laporan berhubung kejadian itu.
Tambah pemilik kedai itu lagi, anggaran kerugian adalah sebanyak RM495 kerana setiap barang yang dicuri berharga RM165.
"Dia curi tiga beg yang kami letakkan di luar sementara menunggu pekerja kami untuk dibawa ke booth perniagaan berhampiran kedai.
"Kami pula tak sangka perkara ini berlaku, cuma untuk musim perayaan ni memang betul-betul kena hati-hati," katanya.
Setakat ini, tiada lagi kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram