[VIDEO] Fans Sang Penyu pernah mengamuk, bakar stadium gara-gara kad merah


  • Podium
  • Isnin, 01 Apr 2024

Kebakaran yang dicetuskan oleh penyokong selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. — Agensi

PERLAWANAN bola sepak tidak kira peringkat apa pun pasti tidak terlepas daripada dicemari insiden provokasi sama ada daripada penyokong atau pemain pasukan itu sendiri.

Insiden sebegitu sering berlaku apabila penyokong sesebuah pasukan tidak berpuas hati dengan keputusan akhir perlawanan.

Dalam pada itu, mengimbau insiden pergaduhan sembilan tahun lalu, penyokong Sang Penyu dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusan akhir pengadil selepas Terengganu FC tewas di laman sendiri berdasarkan peraturan gol tempat lawan ketika berdepan Lions XII.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA 2015 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu ketika itu, penyokong Sang Penyu yang terlalu marah dengan keputusan itu dilaporkan membakar venue berkenaan dan memecahkan beberapa buah pintu kaca.

BACA LAGI: Ketiadaan Azam Azmi dirasai, keeper Penang FC sedia curi hati Garrido

BACA LAGI: Tiada istilah rehat di JDT — Bergson

Bukan itu sahaja, dilaporkan sebuah ambulans turut terbakar dan meletup manakala cermin bas yang membawa pasukan Lions XII itu pecah.

Dilaporkan ketika itu, penyokong Sang Penyu yang bertindak sedemikian tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan yang tidak memihak kepada tuan rumah sekali gus gagal layak ke final Piala FA.

Kekecohan itu turut tercetus selepas penyokong tidak berpuas hati dengan pembatalan gol Terengganu yang dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan kerana ofsaid.

Lebih mengecewakan, Terengganu yang melayani kunjungan Lions XII terpaksa melupakan khidmat Paulo Rangel selepas dilayangkan kad merah memasuki minit terakhir perlawanan kerana berkelakuan kasar serta mengancam pengadil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram