[VIDEO] Pengulas curi tumpuan, nyanyi Bella Ciao bila penyerang Everton jaringkan gol


  • Podium
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Calvert-Lewin menyelamatkan Everton daripada kalah kepada Newcastle United. — Agensi

SETIAP pengulas mempunyai cara yang berbeza untuk mengekpresikan apa yang mereka lihat di padang. Dari setiap penjuru dunia, mereka mempunyai cara berlainan dalam menyampaikan ulasan.

Baik di Timur Tengah, Eropah atau Amerika Selatan, setiap pengulas dari wilayah tersebut mempunyai cara berbeza dalam menjalankan tugas. Malah di Malaysia, gaya mengulas yang ditampilkan pengulas kita berbeza dengan negara-negara lain.

Namun, amat jarang untuk kita menyaksikan seorang pengulas bertindak menyanyi ketika siaran langsung sewaktu jaringan dihasilkan oleh salah satu pasukan.

Itulah yang terjadi ketika perlawanan English Premier League (EPL) antara Newcastle United dan Everton yang berakhir dengan keputusan 1-1 pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Corbin-Ong malu besar, jadi mangsa 'Cryuff turn' GK Singapura

20240402170432-660c79e9011483f4debc5538jpeg

Calvert-Lewin menjaringkan penalti yang cukup penting buat Everton berdepan Newcastle. — Agensi

BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata

Ketika Newcastle mempunyai pendahuluan dan hampir menang, Everton dianugerahkan sepakan penalti. Dominic Calvert-Lewin yang mengambil sepakan tersebut berjaya menyempurnakan tendangan tersebut lalu membolehkan pasukannya meraih satu mata.

Apa yang menariknya, sebaik saja tendangan Calvert-Lewin masuk ke gawang, pengulas terus menyanyikan lagu Bella Ciao yang sinonim dengan siri terkenal iaitu Money Heist.

Dalam siaran EPL di Argentina yang tular di media sosial, nyanyian itu turut diselitkan dengan nama Calvert-Lewin oleh pengulas tersebut. Apa yang menjadikan ia kelakar adalah rakan setugas pengulas tersebut turut bertindak sebagai penyanyi latar.

Apa yang berlaku ini jelas jarang berlaku dalam dunia pengulasan bola sepak. Berkemungkinan, pengulas tersebut begitu gembira Everton mendapatkan jaringan kerana itu adalah pasukan kegemarannya.

Gol Calvert-Lewin itu berjaya mengelakkan Everton daripada kalah dengan musim ini mereka berada di tangga ke-16 EPL berbaki lapan perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram