Umno Selangor perlukan pemimpin seperti KJ untuk 'comeback'


  • Politik
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Penganalisis menyifatkan KJ sebagai pemimpin yang memenuhi kriteria diperlukan untuk menerajui kebangkitan Umno di Selangor.

PENGANALISIS politik negara percaya bahawa Umno Selangor kini perlu melakukan rombakan terhadap kepimpinannya untuk membolehkannya kembali menjadi pemain politik utama di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, Umno Selangor kini dilihat sememangnya berdepan isu krisis kepimpinan dalam menetapkan hala tuju kebangkitan parti itu.

Ujarnya, perkara itu diburukkan lagi dengan peletakan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari Umno Selangor pada 1 April lalu.

Menurut beliau, di sebalik penafian dibuat kepimpinan parti berhubung perkembangan tersebut, Umno dijangka tetap akan terkesan dengan situasi yang berlaku itu.

"Saya berpandangan peletakan jawatan Tengku Zafrul akan memberi kesan besar kepada badan perhubungan umno selangor khususnya kepada kekuatan parti tersebut.

"Ini kerana beliau mempunyai pengaruh sebagai Menteri Persekutuan dan peletakan jawatan beliau memperlihatkan Umno Selangor sedang berdepan krisis dalaman.

"keadaan ini juga menyukarkan proses bagi membentuk perpaduan untuk memperkukuhkan parti yang ketika ini mengalami kekalahan teruk di negeri berkenaan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun

1944473

Tengku Zafrul berkata, keputusan meletak jawatan itu dibuat selepas melihat kebangkitan parti berkenaan di Selangor seperti hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO pusat.

Dalam kenyataan berhubung peletakan jawatannya, Tengku Zafrul berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas melihat kebangkitan parti berkenaan di negeri itu dilihat hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO pusat.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata, rombakan terhadap kepimpinan Umno Selangor perlu digantikan dengan barisan pemimpin yang lebuh muda bagi memberikan tenaga baharu kepada parti itu.

"Inikah tonik yang paling mujarab untuk menarik sokongan orang muda dan akar umbi yang setia untuk kembali menyokong Umno," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ciri pemimpin yang memenuhi syarat tersebut, Mohamad Tawfik mengakui kriteria tersebut dimiliki oleh bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ujarnya, selain memiliki idealisme politik yang lebih terbuka di samping pengaruh di peringkat nasional, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga dilihat mempunyai tarikan tersendiri kepada pengundi di luar parti.

"Ciri ciri KJ memang amat sesuai di Selangor dan juga Umno pusat. Pada pandangan saya, ciri yang ada pada KJ memang mampu memulihkan sokongan kepada Umno," ujarnya.

Bagaimanapun, Mohamad Tawfik berpandangan senario itu boleh dikatakan agak mustahil untuk berlaku memandangkan Khairy sudah dipecat daripada Umno.

Namun, beliau berpandangan Umno masih memiliki beberapa pemimpin lain yang dilihat berpotensi untuk menggantikan kepimpinan tertinggi Umno di negeri tersebut.

BACA LAGI: Ibu bapa durjana ditahan dera 2 anak guna seterika, air panas sehingga melecur di Keningau

Political party flags decorated along Jalan Kuala Selangor at Sungai Buloh during GE15 campaign. — FAIHAN GHANI/The Star.

Meskipun bekerjasama dengan gabungan parti penyandang kerajaan negeri Selangor, BN hanya berjaya memenangi dua daripada 12 kerusi yang ditandinginya dalam PRU15.

Antara nama yang dicadangkan ialah Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin.

Mohamad Tawfik juga menyifatkan supaya nama Tengku Zafrul wajar dipertimbangkan sekiranya pemimpin itu menarik balik keputusannya daripada keluar daripada kepimpinan Umno Selangor.

Sejak kehilangan Selangor ke tangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008, prestasi gabungan BN yang diterajui Umno dilihat terus merosot di negeri tersebut.

Pada PRU15 lalu, BN juga hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandinginya meskipun gabungan itu membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan penyandang kerajaan negeri Selangor.

Umno Selangor ketika ini diterajui oleh Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram