Anak yatim 7 beradik dijaga nenek uzur ukir senyuman nikmati bufet hotel di Putrajaya


  • Massa
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Wajah Syanatra (kiri) yang gembira ketika menjamu selera di majlis berbuka puasa di Hotel Everly, Putrajaya pada Selasa lepas.

KEGEMBIRAAN seorang kanak-kanak perempuan dapat berbuka puasa di hotel mewah ternyata menyimpan 1,001 kisah sedih.

Bagi Nur Syanatra Tahir, 11, juadah berbuka enak dan mahal bukanlah makanan harian yang sering dapat dinikmatinya.

Terpancar sinar gembira terutama ketika disoal tentang perasaannya dapat bersama rakan-rakan senasibnya di Hotel Everly, Putrajaya pada Selasa lalu.

"Saya suka, gembira sangat," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Imam dakwa telefon 'Tuhan' sebelum sambut Aidilfitri awal, ada jemaah dari Malaysia

photo_6091143085162609735_y

Roslinda (kanan) antara guru yang hadir mewakili SK Taman Putra Perdana.

Syanatra yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor itu juga merupakan antara anak yatim yang datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut gurunya, Roslinda Mansor, 53, kanak-kanak itu hanya dijaga oleh neneknya yang uzur di rumah setinggan.

"Dia paling saya kasihan kerana ada tujuh adik-beradik dan hanya kakaknya yang menanggung semua keperluan mereka.

"Mereka sebenarnya ada ayah, tetapi tidak tahu keberadaannya sekarang. Malah, kakak sulungnya yang baru sahaja tamat persekolahan terpaksa bekerja untuk menampung hidup mereka," katanya.

BACA LAGI: 'Dah jadi trademark', sikap buang sampah sepanjang Lebuhraya KL-Gua Musang masih tak berubah

photo_6091143085162609736_y

Wong (baju Melayu ungu) menyantuni anak-anak yatim ketika majlis iftar bersama KPM dan BSN.

Katanya, majlis tersebut juga adalah yang kali pertama buat kanak-kanak memerlukan itu.

Dalam pada itu, majlis yang disertai Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh itu juga bertujuan meraikan seramai 100 orang anak-anak yatim daripada golongan asnaf di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Wong dan Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil menyampaikan duit raya kepada kesemua kanak-kanak yang hadir bagi menggembirakan hati mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram