KPM belum pertimbang lantik warden bukan dalam kalangan guru


  • Primer
  • Rabu, 03 Apr 2024

Pengambilan jawatan warden masih belum ditetapkan oleh KPM.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) masih belum pertimbangkan pengambilan warden dalam kalangan bukan guru susulan desakan sesetengah pihak yang mahu golongan tersebut memikul tugas serta tanggungjawab berkenaan bagi mengatasi masalah buli di sekolah.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung proses pengambilan warden itu.

“Tiada jawapan atau kenyataan yang boleh dikeluarkan daripada pihak kami berhubung perkara itu,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar

WhatsApp Image 2024-04-03 at 9.01.18 PM

Wong ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada Rabu.

BACA LAGI: Hasrat beraya di Sabah tak kesampaian, suami isteri maut kemalangan di Seremban tinggalkan bayi usia 8 bulan

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan bahawa pihaknya masih mengkaji ekosistem sekolah secara keseluruhan sebelum membuat keputusan mewujudkan jawatan warden asrama bukan dalam kalangan guru.

Menurutnya, beberapa pandangan juga sudah didengari bagi menyelesaikan masalah beban guru di samping mengatasi kes buli di asrama sekolah.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan beberapa pihak terutama ibu bapa, yang mahu KPM agar menambah baik sistem perjawatan warden bagi menjamin keselamatan murid di sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram