Yatim piatu sekelip mata, Attar Azim kini jadi anak angkat PERKESO, terima pencen penakat


  • Massa
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Salbiah (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan dan faedah PERKESO yang layak diterima Attar ketika lawatannya di kediaman datuk dan nenek kanak-kanak itu di Felda Trolak, Perak, pada Khamis.

KANAK-kanak yatim piatu, Attar Azim Syukran Jamil, 9, yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan pada 2 Mac lalu layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, semakan mendapati ibu bapa kanak-kanak itu merupakan pencarum PERKESO.

Ia sekali gus melayakkannya sebagai waris untuk menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Pencen Penakat.

"Beliau layak menerima FPM bernilai RM4,000 secara sekali bayar atas pemergian kedua ibu bapanya serta Faedah Pencen Penakat RM1,585 setiap bulan sehingga berumur 21 tahun atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama.

“Skuad PERKESO Prihatin Tapah juga memaklumkan adik Attar akan didaftarkan sebagai ahli Program Prihatin Keluarga Angkat (PROTEK) PERKESO sekali gus menjadi anak angkat PERKESO,” katanya dalam satu kenyataan.

WhatsApp Image 2024-03-28 at 6.14.00 AM

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Pengarah JKM Negeri Perak, Nortipah Majin dan Pengurus PERKESO Tapah, Prema Latha V Doraisamy.

Beliau sebelum itu hadir ke kediaman datuk Attar Azim di Felda Trolak, Perak, pada Khamis.

Turut bersama dalam lawatan terbabit ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak, Nortipah Majin dan Pengurus PERKESO Tapah, Prema Latha V Doraisamy.

Media tempatan pada 2 Mac lalu melaporkan mengenai nahas membabitkan dua kenderaan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer (KM) 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam kemalangan pada pukul 1.40 tengah hari itu, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, bersama isteri Noor Aishah Razali, 35, dan anak mereka, Lufya Adeena, 1, disahkan maut di lokasi kejadian manakala Ahya Rafiqi, 6, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.

Attar yang kini tinggal bersama Attar yang kini tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ayahnya di Felda Trolak juga menerima sumbangan kotak prihatin PERKESO serta wang ehsan ketika lawatan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram