Pelajar IPTA maut kemalangan kereta bertembung di Kota Tinggi


  • 112
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Kereta dinaiki mangsa maut terlibat kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dengan penumpang wanita berusia 41 tahun.

SEORANG pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan bertembung di kilometer (KM) 57.5 Jalan Kota Tinggi - Kluang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut sekitar pukul 3.20 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian berkenaan, kereta dinaiki mangsa yang berusia 23 tahun itu terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 42 tahun dengan penumpang wanita berusia 41 tahun.

BACA LAGI: Pusat rehab PERKESO bertaraf dunia, ini apa yang anda perlu tahu tentang PRPTAR

435282158_839974838169244_4762589791302439169_n

Keadaan kereta Proton Exora yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

BACA LAGI: Bukan semata-mata rawatan, ada lagi 4 'rahsia istimewa' Pusat Rehabilitasi PERKESO tawarkan

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu dan penumpang Proton Exora mengalami kecederaan ringan di bahagian badan serta muka," katanya dalam satu kenyataan.

Hussin berkata, mangsa yang maut sudah dihantar ke unit forensik Hospital Daerah Kota Tinggi sementara dua mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram