AKTIVITI sukan lasak sememangnya terdedah kepada pelbagai risiko bahaya.
Dalam sesetengah insiden, sebarang kesilapan yang berlaku boleh menyebabkan seseorang individu kehilangan nyawa.
Sekitar November 2018, seorang pelompat asas atau base jumper terkenal dari Jerman meninggal dunia selepas payung terjunnya gagal dibuka semasa melompat dari sebuah tebing tinggi di Portugal.
Dominik Loyen, yang popular selepas dia gemar menyiarkan rakaman lompatannya di media sosial turut merekodkan lompatan terakhirnya itu di pantai bandar Nazaré.
Dalam kejadian tersebut, dia melompat dari tebing setinggi 100.6 meter.
Berdasarkan klip itu, Dominik yang berusia berusia 50 tahun dilihat melompat bersama seorang lagi rakannya dari genting berkenaan.
Bagaimanapun, selepas kedua-duanya melompat, payung terjun yang dipakai mangsa dilihat gagal untuk terbuka menyebabkannya jatuh terus ke atas permukaan batu.
BACA LAGI: 'Kafir bukan istilah tunggal digunakan terhadap bukan Islam dalam al-Quran'
Dominik menjadi popular selepas dia sering berkongsikan video lompatan yang dilakukannya di media sosial. — Agensi
BACA LAGI: Bukan takat mahu 'survive' raya, pesawah terpaksa tanggung hutang berganda akibat cuaca panas
Menurut laporan tabloid Jerman, Bild, usaha pasukan perubatan untuk menyelamatkan Dominik di lokasi kejadian juga gagal.
Dominik merupakan seorang pengajar berpengalaman dalam aktiviti base jumper, iaitu sukan lasak memerlukan seorang individu melakukan lompatan dari tempat statik menggunakan payung terjun.
Dia sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada melakukan aktiviti itu pada 2014 menerusi satu temu bual.
"Ya, saya terfikir untuk berehat, atau bersara sepenuhnya, apabila rakan baik saya mengalami kemalangan maut," katanya.
"Tetapi kemudian anda menghadapinya, dan tidak tahu bagaimana anda perlu melakukan apa yang anda rasa menyeronokkan.
"Anda bimbang tentangnya dan kemudian memutuskan untuk meneruskannya dan anda berazam untuk tidak melakukan kesilapan yang sama," katanya dalam temu bual berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram