[VIDEO] Pemilik kereta termenung pencuri selamba bawa lari barang di stesen minyak di Sabah


  • Tular
  • Khamis, 04 Apr 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki menyeludup ke dalam sebuah kereta sebelum melarikan satu bungkusan di stesen minyak berkenaan.

TINDAKAN seorang lelaki menyeludup masuk ke dalam sebuah kereta tanpa disedari pemiliknya mengundang berang orang ramai.

Menerusi video tular di Facebook sejak Khamis, lelaki tersebut secara bersahaja mengambil sebuah bungkusan dari dalam kereta terbabit dalam sebuah kejadian di sebuah stesen minyak di Sabah.

Kejadian dipercayai berlaku pada Selasa berdasarkan tarikh pada rakaman televisyen litar tertutup.

Pada masa sama, kelihatan pemilik kereta terbabit tidak menyedari perbuatan akibat terlalu fokus memeriksa keadaan kenderaannya.

BACA LAGI: Jangan tahu cari negatif saja, bukan Muslim tolong belikan juadah iftar antara 'sisi lain' rakyat Malaysia

Screenshot (744)

Pemilik kereta yang kelihatan tidak panik melihat situasi itu.

BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar

Lelaki itu bagaimanapun sempat melarikan diri bersama seorang lagi lelaki dengan menaiki motosikal ketika itu.

Pemilik itu kemudiannya dilihat terkaku ketika melihat kedua-dua lelaki berkenaan beredar sambil memeriksa kembali keretanya.

Situasi tersebut sempat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta lain yang berada di stesen itu untuk mengisi minyak.

Rata-rata warga maya yang melihat kejadian itu juga memberikan pelbagai reaksi serta menyarankan agar orang ramai lebih berhati-hati ketika berada di stesen minyak.

"Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebenar. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

"Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutamanya pada waktu malam," tulis Tanpa Nama.

"Betapa smooth dia buat kerja. Mesti tinted gelap tak nampak orang lain buka pintu sebelah," komen Fly Lepidop.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram