ISTILAH pemain 'penipu' atau scammer sering kali didengar jika tonggak baharu yang dibawa masuk itu tidak memberi pulangan lumayan kepada kelab terutamanya jika dia dibayar dengan gaji lumayan.
Namun, isu ejen penipu yang menjanjikan bulan bintang kepada kelab dengan menawarkan beberapa pemain import berkualiti jarang menjadi soroton penyokong bola sepak tanah air.
Isu ejen dituduh scammer ini bagaimanapun kali ini mencuri perhatian peminat bola sepak domestik selepas seorang ejen dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Myeongho Jeong didakwa membawa pemain kurang bermutu ke kancah saingan Liga Malaysia selama ini.
Untuk konteks, Kelantan Darul Naim (KDN) FC baru-baru ini mengumumkan bahwa kelab Pantai Timur berkenan sah menandatangani empat pemain import baharu dari Korea Selatan melalui Myeongho.
Empat pemain berkenaan ialah Jung Byung-ju, Bae Kyeong-hwan, Ahoe Koo serta Ri Gwan-kim yang dijangka bakal memperkukuhkan skuad utama dan pasukan simpanan KDN FC pada musim 2024/2025 ini.
BACA LAGI: Senarai bocor bongkar penyerang sensasi Indonesia dikhabar ke kelab Pantai Timur
Tangkap layar ciapan dari laman penyokong berkenaan.
BACA LAGI: Ramai sokong keputusan MFL tolak rayuan Kelantan FC ke Liga Super 2024/25
Kualiti mereka mula dipersoal apabila empat pemain import dari negara republik itu hanya berpengalaman di saingan divisyen keempat Korea dan kelab simpanan sahaja, ia jelas tidak menawarkan keuntungan buat KDN FC.
KDN bukan pasukan pertama yang bekerjasama dengan ejen berkenaan apabila Sri Pahang juga pernah menggunakan khidmatnya untuk membawa pemain import dari Korea Selatan namun hasilnya kurang memberangsangkan.
Tuduhan berkenaan timbul selepas laman penyokong Sri Pahang, Twt Bola Pahang di laman Twitter (X) memberi amaran kepada KDN FC supaya berhati-hati dengan ejen itu susulan sebelum ini Tok Gajah pernah menerima nasib sama.
"Pahang dah kena, hati-hati KDN," kata laman penyokong itu.
"Kenyang ejen. Asalkan ada pemain import sahaja standard pengurusan Liga Malaysia," bagi penyokong domestik, Onefootball.my.
Untuk rekod, Sri Pahang FC sudah melepaskan dua pemain import dari ejen berkenaan iaitu Lee Jeong-geun dan Lee Ji-yong dan mereka hanya bertahan selama tiga bulan sahaja selepas menyertai Tok Gajah pada Mac 2023.
Kedua pemain import berkenaan gagal menembusi skuad utama Sri Pahang, hanya sempat beraksi dalam saingan Piala MFL dan persembahan mereka di kejohanan itu juga tidak memberi sumbangan lumayan kepada Tok Gajah.
Belum ada sebarang respons daripada Myeongho Jeong berhubung dakwaan itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram