[VIDEO] Jangan tahu cari negatif saja, bukan Muslim tolong belikan juadah iftar antara 'sisi lain' rakyat Malaysia


  • Massa
  • Khamis, 04 Apr 2024

Antara situasi menyentuh hati ramai yang sempat dirakam dan dikongsikan di media sosial.

HAMPIR sebulan berpuasa, negara tidak putus disajikan dengan pelbagai cerita dan kisah di pelbagai platform media sosial yang memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak kurang juga dengan kejadian menyayat hati mahupun yang menimbulkan kemarahan orang ramai seperti kes gangguan seksual.

Ia sedikit sebanyak memberi tanggapan serta imej buruk negara secara terbuka kepada rakyat luar.

BACA LAGI: Subsidi bersasar perlu, pastikan hanya kumpulan layak dapat manfaat — PM Anwar

WhatsApp Image 2024-04-03 at 5.05.27 PM

Kes gangguan seksual yang dikatakan memburukkan imej negara. — Gambar hiasan

Sama seperti hantaran dimuat naik seorang wanita tempatan di Twitter (X) yang menjawab pertanyaan pengguna media sosial luar dengan beberapa gambar tajuk berita berhubung kes cabul di negara ini.

"Anda tahu di mana mempunyai populasi lelaki Muslim yang kurang bermasalah. Rakyat Malaysia. Tidak pernah mendengar banyak (hal) tentang mereka," ciap @gogoljoog.

Namun ciapan itu mendapat jawapan balas dengan persepsi berbeza.

"Saya cadangkan anda membaca berita tempatan, ia mungkin mengubah pandangan anda.

"Apa yang lebih buruk daripada cabul?," jawab @theiliaqilah.

Namun, di sebalik perkara negatif tersebut, ada juga mempertahankan bahawa terdapat sisi lain rakyat Malaysia yang berkemungkinan tidak dipamerkan.

WhatsApp Image 2024-04-03 at 5.06.22 PM

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki bukan Muslim menawarkan bantuan membeli juadah berbuka puasa.

Menurut pengguna akaun @dauspozi, sikap positif seperti saling tolong-menolong tanpa mengira bangsa, kaum atau agama masih diterapkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Turut disertakan dengan beberapa video memaparkan situasi berkaitan dengan apa yang dikatakan tentang kemakmuran masyarakat majmuk.

"Dalam video itu semua lelaki Muslim termasuk abang bukan Muslim yang tolong belikan makanan berbuka.

"Tak faham aku rakyat Malaysia yang berebut-rebut burukkan negara sendiri bila ada orang luar puji. Kalau cari yang negatif, jumpalah yang negatif," komennya.

BACA LAGI: Hasrat beraya di Sabah tak kesampaian, suami isteri maut kemalangan di Seremban tinggalkan bayi usia 8 bulan

WhatsApp Image 2024-04-03 at 5.07.50 PM

Seorang lelaki tempatan sanggup membantu warga asing yang kehabisan minyak motosikal.

Dalam video lainnya, kelihatan lelaki tempatan membantu individu dipercayai warga asing mengisi minyak kerana motosikalnya kehabisan petrol.

Ia pada masa sama sekali gus membuka mata orang ramai terhadap sisi positif rakyat di Malaysia.

Rata-ratanya juga memberikan reaksi sama dan bersetuju bahawa kesemua sisi itu perlu lebih ditonjolkan dan dijadikan sebagai contoh.

“Setuju. Malaysia ni ramai je lagi orang baik. Tapi kita selalu akan terkesan dengan yang tak baik padahal kalau kau muhasabah diri selama kau hidup,” komen @sofeachipscake. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram