ISU kecederaan yang dialami tonggak Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad ketika aksi Harimau Malaya berdepan Oman bagi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sempat mencuri tumpuan penyokong tanah air.
Kecederaan yang menyaksikan Azam Azmi terpaksa memakai pelindung kaki dan bertongkat menimbulkan kebimbangan jika pemain pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) berkenaan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Tampil menjelaskan keadaan terkini Azam Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif, Sabri Abbas menjelaskan bahawa pemain berusia 23 tahun berkenaan tidak mengalami kecederaan ACL seperti yang dikhuatiri penyokong dan kini dalam proses pemulihan.
BACA LAGI: Isu 'surat layang': FAM sedia buat laporan polis
Majlis perasmian kerjasama dihadiri wakil daripada TFC dan Vearich International Sdn Bhd.
BACA LAGI: [VIDEO] Fans Sang Penyu pernah mengamuk, bakar stadium gara-gara kad merah
Tambah Sabri, walaupun Azam Azmi dimiliki oleh skuad Harimau Selatan namun Terengganu mengambil tanggungjawab penuh dalam proses pemulihan pemain kelahiran Pulau Pinang berkenaan.
"Walaupun Azam Azmi berstatus sebagai pemain pinjaman dari JDT, dia sememangnya berada di bawah pasukan TFC.
"Memang sudah menjadi tanggungjawab TFC untuk memastikan dia pulih walaupun kecederaannya tidaklah begitu serius tapi memerlukan rehat sekurang-kurangnya enam ke lapan minggu.
"Jadi harapan kami semoga Azam Azmi segera pulih dan akan beraksi di awal musim nanti," katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman 2024/25 antara TFC dan Vearich International Sdn Bhd.
Dalam majlis yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin, Vearich International Sdn Bhd secara rasminya telah menandatangani kontrak sebagai Penaja Platinum Terengganu FC bagi musim 2024/2025.
Dengan menyumbangkan tajaan bernilai RM3,000,000, pihak Vearich mengharapkan ianya mampu untuk membantu memperkukuhkan kewangan kelab tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram