PENDUDUK terkejut selepas menjumpai sebuah kereta yang kemik bersama seekor kucing terbaring di atas lantai dengan kesan luka di kawasan perumahan.
Menerusi satu hantaran di Twitter (X) @fourmeows1 pada Rabu, tiada individu yang membantu dan merawat kucing tersebut.
"Kucing terbiar jatuh dari tingkat tinggi tapi tiada siapa pun nak bantu bawa ke klinik. Saya pula tiada di situ. Moga ALLAH tarik nyawa awak cepat-cepat tanpa rasa kesakitan," tulisnya.
BACA LAGI : APM terpaksa selamatkan kucing yang sama, tersangkut lubang serupa 2 kali di Kota Kinabalu
Keadaan bonet kereta yang kemik akibat dihempap kucing berkenaan. — Twitter
BACA LAGI : Beras Putih Malaysia Madani masih perlukan kelulusan Kabinet
Pengguna itu juga mendakwa bahawa penduduk di kawasan itu memberi tahu punca kejadian bukan berlaku disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab seseorang.
"Penduduk di situ bagi tahu dia bergaduh dengan seekor lagi. Tapi masalahnya seekor lagi tak jumpa," tulisnya.
Dakwanya, kucing itu bergaduh sesama sendiri sehingga jatuh ke atas bonet kereta jenis Proton Wira dan menyebabkan cermin belakangnya pecah.
Namun, dalam perkembangan terbaharu, pengguna tersebut memuat naik keadaan kucing berkenaan yang sudah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, dia mendakwa ia bukan kejadian pertama berlaku tetapi pernah terjadi sebelum ini.
"Dulu pernah ada kes dua hingga tiga ekor dicampak dan mati. Kes dera, normal je. Cuma sekarang dah kurang. Tadi pun ada penduduk yang ragu-ragu tapi rasanya ni betul-betul la kot bergaduh," tulisnya.
Rata-rata netizen juga memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa sedih terhadap keadaan kucing tersebut.
"Kesiannya baby macamana boleh jatuh ni," komen @fifahazam.
"Dua ekor? Kena campak ke apa," komen @itsybitsymin.
"Ala kesiannya, mungkin dia tergelincir ni ALLAH," tulis @txhyungvi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram