MAYAT seorang kanak-kanak perempuan yang maut selepas dihanyutkan arus deras ketika menjala ikan bersama keluarganya di parit monsun dekat Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan Selangor ditemui pada Selasa.
Mangsa, Riska Amelia yang berasal dari Indonesia ditemukan di sebuah lombong berhampiran Jalan Puchong - Cyberjaya, Putra Perdana selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Kanak-kanak berusia empat tahun itu merupakan mayat terakhir dalam tragedi yang mengorbankan tiga nyawa.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa daripada penduduk di Putra Perdana.
BACA LAGI: 13 remaja didakwa bunuh pelajar Kolej Vokasional di Lahad Datu
Kanak-kanak berusia empat tahun itu ditemukan selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan. — Sinar Harian
BACA LAGI: Kes pelajar mati dipukul Lahad Datu: KPM tidak kompromi, minta hormati privasi keluarga mangsa
"Mayat kanak-kanak tersebut dijumpai pukul 9 pagi iaitu tujuh kilometer dari tempat kejadian sebelum dibawa oleh pihak bomba menggunakan bot dan kemudiannya telah disahkan identiti oleh bapanya.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi proses bedah siasat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun menjalankan aktiviti menjala ikan kira-kira pukul 3.30 petang sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.
Mangsa yang selamat ialah Ahmad Suriadi (bapa), 40 dan anaknya Mohd Alif, 9, manakala individu maut iaitu Juliana (ibu), 38, Mohd Diham, 10 dan Riska Amelia, 4. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram