Lelaki Israel, pasangan tempatan boleh dihukum gantung kerana memiliki senjata api secara haram — KPN


  • 112
  • Selasa, 02 Apr 2024

Razarudin Husain berkata, kertas siasatan ke atas kesemua suspek dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971.

WARGA Israel, Shalom Avitan dan pasangan tempatan yang ditahan baru-baru ini boleh dikenakan hukuman mati jika mereka disabitkan kesalahan memiliki senjata api secara haram, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, kertas siasatan ke atas suspek dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971.

“Kes itu pada mulanya disiasat mengikut Akta Pasport 1966 apabila Avitan ditahan tetapi siasatan kami mendedahkan kesalahan yang lebih serius.

BACA LAGI : Media antarabangsa dakwa 'perisik' Israel dalam misi bunuh ketua geng seteru di Malaysia

2620509

Gambar tular halaman butiran pasport Israel dan Perancis milik Avitan yang disiarkan di laman X @Lembayungsyahdu. — X (Twitter)

BACA LAGI : Bukan lagi 90km/j, had laju Jalan Persekutuan dikurangkan 80km/j sempena Aidilfitri

“Dia dan pasangan suami isteri berusia awal 40-an itu disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971. Kami masih menyiasat motif sebenar pistol itu berada dalam simpanan mereka.

“Avitan telah direman sehingga 7 April dan yang lain sehingga 5 April ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan Avitan, 38, ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada 27 Mac lalu dengan enam pistol dan 200 butir peluru.

Pasangan suami isteri tempatan itu ditahan di Kuala Selangor pada 29 Mac kerana disyaki membekalkan senjata kepadanya.

Seorang lelaki tempatan yang didakwa sebagai pemandu Avitan turut ditahan di Cameron Highlands, Pahang. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram