[VIDEO] Wanita kongsi detik cemas Mat Bangladesh cuba buka pintu kereta di Cyberjaya


  • Tular
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Tangkap layar seorang lelaki mencuba membuka pintu bahagian pemandu kenderaan milik wanita tempatan di Cyberjaya baru-baru ini.

SEORANG wanita dan ibunya berdepan detik cemas apabila kereta dinaikinya didatangi seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali sambil mencuba membuka pintu bahagian pemandu kenderaan miliknya di Cyberjaya, Selangor baru-baru ini.

Kejadian tersebut turut dirakam oleh wanita berkenaan dan dimuat naik di laman TikTok @enopropz dan turut dikongsikan di laman media sosial X (Twitter), @ricxxxkiddo.

"Hati-hati warga Cyberjaya.

"Untuk para pelajar yang berada di Cyberjaya, sila berhati-hati.

"Mamat (Warga asing) ini selamba buka pintu kereta aku.

"Aku bawa mak aku, bukan berseorangan," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Helah cuba jual telekung, isteri pak imam cedera diragut wanita berhelmet di Kuala Terengganu

BACA LAGI: Polis tembak mati 5 penyamun di Putra Heights

Tambahnya lagi, lelaki warga asing dipercayai berasal dari Bangladesh itu juga cuba membuka pintu kenderaan di kawasan terbabit.

"Di bukan sahaja nak buka pintu kereta aku tetapi semua.

"Kalau dia nak buat sesuatu pada emak atau adik aku macam mana?

"Nasib baiklah aku sedang berdiri berhampiran kereta aku," ujarnya lagi.

Wanita berkenaan turut merakam video lelaki terbabit.

Dalam video itu kedengaran wanita tersebut memarahi warga asing berkenaan.

Menyedari dirinya dirakam, warga asing tersebut cuba menyembunyikan mukanya dan beredar dari tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram