Media antarabangsa dakwa 'perisik' Israel dalam misi bunuh ketua geng seteru di Malaysia


  • 112
  • Ahad, 31 Mac 2024

Gambar halaman butiran pasport Israel dan Perancis milik Avitan yang disiarkan di laman Twitter @Lembayungsyahdu. — Twitter

LELAKI warga Israel dengan enam pistol dan 200 peluru yang ditahan polis di sebuah hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lalu didakwa mempunyai motif untuk membunuh ketua kumpulan penjenayah seteru di Malaysia.

Berdasarkan laporan The Times Of Israel, suspek, Shalom Avitan, 36, dikaitkan dengan kumpulan jenayah bersaudara Musli Brothers.

Manakala, agensi berita Mako melaporkan, suspek dipercayai mempunyai misi untuk membunuh Eran Haya iaitu ketua keluarga daripada kumpulan tersebut.

"Kedua-dua sindiket terbabit dalam perbalahan ganas selama berbulan-bulan," lapor media berkenaan.

Menurut siaran televisyen Israel, Saluran 12, rumah Avitan, di kejiranan mewah Bavli, Tel Aviv, adalah sasaran beberapa bom tangan yang dilemparkan oleh 'orang' Haya.

"Insiden itu dilaporkan pada pertengahan Mac, dipercayai sebelum Haya dikatakan memasuki Malaysia," katanya dengan memetik laporan The Times of Israel.

Semakan di laman X @Lembayungsyahdu juga mendapati terdapat ciapan menyiarkan gambar halaman butiran pasport Israel dan Perancis milik Avitan.

BACA LAGI: 'Kamu sakit pun aku belikan ubat', pengasuh dera anak instafamous teresak-esak kena 'basuh' sebelum ditahan polis

Screenshot (675)

Razarudin mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap suspek.

BACA LAGI: Hajat balik raya tak kesampaian, 2 pelajar Malaysia maut nahas di New Zealand

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan suspek selepas dia dikesan masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Razarudi berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa dia datang ke Malaysia untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaannya itu.

Pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan dan berkemungkinan suspek mempunyai agenda lain datang ke negara ini.

Susulan itu, polis dilaporkan turut menahan tiga warga Malaysia termasuk pasangan suami isteri disyaki membekalkan senjata api kepada suspek.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, Selangor pada Sabtu.

"PDRM meningkatkan keselamatan antaranya terhadap Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berikutan tangkapan itu berlaku ketika peperangan masih berlangsung antara Palestin dan Israel," katanya. — The Star/AUSTIN CAMOENS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram